Grand Hotel Central terletak di pusat Barcelona, di sebelah Cathedral dan Gothic Quarter yang bersejarah. Hotel ini berada dalam jarak berjalan kaki dari Las Ramblas, muzium yang paling popular serta kawasan membeli-belah di Plaza Catalunya dan pantai.
Berasal dari bangunan yang diwujudkan pada tahun 1920-an oleh arkitek Adolf Florensa, lapan puluh lima tahun kemudian, pemilik, Pau Guardans membangunkan semula bangunan itu menjadi sebuah hotel yang menawarkan tempat santai yang mewah di tengah-tengah kesibukan daerah 106 El Born, Barcelona.
Dan, Pau Guardans juga, telah benarbenar mengolah bangunan 1920-an ini untuk mewujudkan sebuah hotel yang membangkitkan keindahan gaya masyarakat atasan Barcelona pada awal abad ke-20. Hasilnya adalah sebuah proper ti yang tenang diseli tkan dengan keanggunan abadi di pusat bandar. Reputasi Guardans sebagai trendsetter dan berwawasan, jelas dalam perincian hotel ini, direalisasikan dengan gandingan kepakaran pereka dalaman Sandra Tarruella dan Isabel Lopez.
Gaya dua puluhan kelihatan hebat di setiap sudut hotel, bermula dengan pintu gangsa asal pada pintu masuk yang elegan dengan struktur mengagumkan. Motif ini berterusan di bilik-bilik besar, merangkumi lampu besi tempa, stone cornicing dan lantai yang terpelihara. Lantai kayu oak gelap dan garis bersih daripada 147 bilik dan suite mengalirkan kemodenan bandar melalui bahan-bahan halus seperti kaca dan kayu. Di dalam bilik tidur, panel telus dan bahan separa legap digunakan sebagai pembahagi, supaya bilik tidur, bilik mandi dan juga almari pakaian bergabung dengan harmoni.
Skrin rata TV LCD, pemain DVD, saluran antarabangsa, akses internet berkelajuan tinggi, Wi-Fi dan iPod / sistem hiburan MP3 adalah kelengkapan yang menyempurnakan setiap hari pelawat di hotel ini. Bilik tidur direka dengan ciri-ciri kalis bunyi dan tirai blackout automatik untuk privasi. Kawalan iklim dalam bilik, peti keselamatan laptop, bar mini tanpa alkohol, meja kerja yang besar, jam penggera dan pintu dengan sistem kunci berganda menawarkan keselesaan dan tahap keselamatan yang tinggi. Bilik mandi mewah disediakan dengan kelengkapan berjenama termasuk pengering rambut profesional, jubah mandi dan selipar, cermin panjang, dan kemudahan oleh Rituals. Servis bilik dan dobi 24 jam serta perkhidmatan untuk ke lapangan terbang dengan kereta hotel menambah bintang kepada perkhidmatan Grand Hotel Central.
Manakala Skybar, tempat lepak atas bumbung di tepi kolam renang – menawarkan pemandangan unik Gothic Quarter, daerah El Born, dan latar langit Bandar yang sentiasa berubah-ubah. Tetamu berpeluang untuk menghabiskan waktu malam musim panas di atas dek matahari di teres bumbung, yang lengkap dengan bar santai serta kolam terbuka secara eksklusif kepada tetamu hotel.
Skybar di hotel ini adalah hotspot terkini yang menghidangkan makanan Mediterranean yang segar dan koktel di teres atas bumbung, dilengkapi dengan City Bar & Restaurant. Disebut-sebut oleh Panduan Michelin (Michelin Guide) sebagai salah satu restoran yang terbaik di Barcelona untuk makan di bawah 35, menawarkan pelbagai hidangan daripada hidangan gazpacho dengan langoustines dan avocado, kepada pelbagai seleksi sosej Catalan biasa atau kambing panggang dengan madu dan rosemary. Skybar juga menyediakan pencuci mulut oleh pakar masakan antaranya Spicy Margarita, Bon Bon Mar tini atau Gin and Tonic yang klasik, dan menu koktel pasti menjadi sempurna dengan iringan muzik.
Selain itu, pelawat boleh menikmati makan malam atau koktel di Avalon Restaurant oleh chef Michelin Ramon Freixa. Di sini, ruang moden dengan lantai kayu menjadi penguat rekabentuk perindustrian dengan tingkap yang besar, restoran ini menawarkan sentuhan moden klasik Catalan.
Dalam senibina bangunan oleh Oriol Tintore ini, pelawat boleh mencari rekreasi alternatif seperti kolam renang atas bumbung 10×5 m, pusat kecergasan, Suite Wellness dengan pelbagai jenis urutan, perpustakaan, pusat perniagaan 24-jam dan basikal sewa. Manakala untuk keperluan korporat, empat bilik mesyuarat & persidangan akan sentiasa memenuhi kehendak pelawat.
Selain merubah glamor sebuah bangunan tahun 1920-an sebagai sebuah hotel mewah 147 bilik, idea hospitaliti Pau Guardans melampaui standard tradisional. Menjadi hos kepada Barcelona-centric Talent Gallery, yang terletak bersebelahan pintu CityBar hotel, galeri ini mempamerkan seni dari artis tempatan, termasuk reka bentuk, fotografi, dan ilustrasi.
The post Hub Budaya Barcelona appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment