Tuesday, June 21, 2016

Q&A: Persona Vanidah Imran

Mengenali wanita berpersonaliti ini bukanlah setahun dua, gaya pembawakan dirinya tidak dapat saya lupakankan untuk menemuramahnya sekali lagi. Vanidah Imran, seorang yang berprinsip, berintelektual tinggi membuatkan mudah untuk berbicara dengannya. Acap kali wanita ini dikaitkan dengan isu kecantikan, justeru kali ini ingin menyingkap kisah beliau membuat persiapan raya dan puasa bersama keluarga tercinta.

vanidah-imran-pic

Bagaimana mahu meningkatkat momentum kerja pada bulan ramadhan ini dan bagaimana mahu kekal bertenaga?
Fokus perkara utama untuk mengimbangi masa setiap hari, tidak kira puasa atau tidak jika bijak menanganinya segala urusan akan menjadi mudah dan lancar.

Kongsikan pengalaman Vanidah bersama peminat tatkala menjelang bulan puasa dan persiapan raya yang bakal tiba?
Seorang yang ringkas dan tidak mempunyai banyak kerenah dalam persiapan puasa mahupun raya. Jika mempunyai kelapangan saya akan masak untuk ahli keluarga berbuka puasa bersama. Manakala, persiapan raya saya adalah yang paling sederhana dan ringkas. Perkara yang amat saya utamakan adalah anak-anak cukup untuk mereka gembira, pembaziran adalah perkara paling terlarang dengan prinsip saya.

Menghias rumah pada waktu raya adakah satu kemestian bagi Vanidah Imran?
“Huh! Semangnya tidak bagi saya, rumah saya adalah peribadi saya. Cukup untuk saya suami dan anak-anak selesa berada di dalamnya. Bukan sombong untuk berkongsi kediaman milik saya, tetapi saya kurang selesa untuk menayang kediaman saya pada pihak umum.”

safi-contest-web

Dalam pemilihan rekaan hiasan dalaman apakah gaya menjadi tarikan wanita jelita ini?
Konsep kontemporari dan minimalis menjadi pilihan hatinya. Bagi Vanidah gaya basic sudah memadai untuk beliau. Tidak perlu hiasan yang terlampau untuk rumah tampil sempurna.

Bagaimana, Vanidah Imran membahagikan masa untuk tampil cantik dan seiring dengan jadual harian yang agak padat?
Memulakan dengan rutin harian saya dengan senaman dan menyiapkan persiapan untuk anak-anak kesekolah serta menyediakan makan untuk suami tercinta sebelum memulakan aktiviti saya di luar. Saya akan mengatur jadual hidup saya dengan penuh teliti dan saya akan pastikan ia sempurna dan tidak menyusahkan mana-mana pihak.

Banyak produk kecantikan memberi peluang pada Vanidah untuk menjadi Duta produk mereka, apa pandangan Vanidah?
Saya akan mencuba dahulu dan menggunakan produk tersebut. Saya tidak mahu jadi duta yang bila orang tanya saya guna atau tidak, saya yakin dengan jawapan ‘ya, saya pakai’, dan saya juga tidak mahu menjadi ‘duta’ tetapi tidak sepenuhnya yakin dengan kemampuan produk atau tertanya-tanya ia berbahaya  kepada pemakai, itu bukanlah dakwah kalau ia mampu mebinasaka orang lain.

The post Q&A: Persona Vanidah Imran appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment