Soulmade Design Studio adalah sebuah firma perunding rekabentuk yang menawarkan perkhidmatan reka bentuk dalaman dan seni bina. Ditubuhkan pada 2011, perjalanannya telah menjangkau satu pencapaian yang kukuh dengan kejayaan menyempurnakan pelbagai projek dari projek korporat, komersial, hartanah kediaman, serta visualisasi grafik tiga dimensi. Mempunyai sumber luas membolehkan pasukan Soulmade Design memenuhi setiap permintaan sehingga memungkinkan setiap projek disempurnakan dengan jayanya.
Misi pasukan pereka ini adalah bagi mewujudkan persekitaran yang memberi inspirasi untuk menggerakkan individu, mendorong peningkatan kreativiti, interaksi, kerjasama dan produktiviti. Mereka mengarang reka bentuk inovatif dan mengintegrasikan perancangan ruang yang menyediakan fleksibiliti, fungsi dan kemudahan penggunaan untuk membantu pelanggan menggunakan sepenuhnya premis dan ruang secara bijaksana.
Perhatian tidak hanya ditumpukan kepada perincian rekaan semata-mata tetapi juga kepada aspek perkhidmatan pelanggan. Bagi Soulmade, pelanggan dan perunding adalah rakan kerjasama, secara berterusan mencari penyelesaian paling sesuai bagi memenuhi keperluan ruang.
Teras kejayaan adalah kelaziman sikap ahli pasukan dengan budaya kerja ‘We Can Do’. Setiap anggota pasukan dikhaskan untuk membuat tugasan dalam kepakaran masing-masing serta disiplin, menggunakan bakat, berpengalaman dan pengetahuan diberi kebebasan untuk melontarkan idea segar. Mereka mematuhi garis masa, bajet dan mencapai kualiti tanpa menjejaskan kreativiti.
Percaya reka bentuk yang baik mengukuhkan kesepaduan persekitaran serta mengekalkan kepentingan fizikal dan budaya dari masa ke masa, soulmate amat menghargai inisiatif hijau dan berusaha menerapkan nilai mesra alam dalam setiap ciptaan. Soulmade Design memaksimakan usaha dan potensi menggabungkan elemen bahan kitar semula, bahan bebas kimia, kerja-kerja pemulihan dengan penyelesaian kos efektif.
The post Seni Reka Bentuk Soulmade appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment