Sedikit Cahaya
Direka oleh | Ids Interior Design
Memang benar, untuk tidur berkualiti suasana gelap tanpa cahaya adalah cara terbaik. Tapi bagi kanak-kanak yang fobia berada dalam gelap, nyalakan lampu tidur agar tidak menyukarkan untuk lena. Agar tidak terlalu terang, tetapan malap menyediakan suasana selesa membantu mengatasi fobia.
Tambahan fibre optic atau star stickers pada siling merupakan idea kreatif dan penyelesaian pada masalah takut gelap. Selain memasukkan kerlipan cahaya dalam suasana gelap, dekorasi ini juga boleh mengalih tumpuan kanak-kanak dari membayangkan perkara menakutkan. Kira bintang di langit siling hingga lena!
Dekorasi Perabot
Direka oleh | Turn Design
Direka oleh | Zeng Interior
Pemilihan perabot penting untuk bilik tidur anak yang fobia gelap. Contohnya perabot seperti katil tanpa ruang di bahagian bawah menghalang imaginasi yang sering kali percaya ada sesuatu mengintai dari bawah katil. Selimut yang mendakap waktu tidur mereka dengan selesa membolehkan mereka rasa dilindungi. Elakkan memilih katil tinggi berkonsep loft bed dan cabin bed, kerana ia membahayakan mereka yang mungkin panik dan turun secara tergesa-gesa.
Tempatkan barangan anak di tempat yang betul. Kertas yang diterbangkan angin kipas, atau bunyi pensel jatuh dari meja cenderung menyebabkan anak membayangkan sesuatu yang tidak sepatutnya. Justeru itu penyediaan ruang penyimpanan peralatan belajar, buku dan kertas supaya barang ini berada di tempat yang betul pada waktu malam.
Pintu dan Tingkap
Direka oleh | Space In
Direka oleh | We By B
Bagi rumah moden, tingkap biasanya terbina daripada cermin kaca. Sifat kaca tembus pandang ini boleh menybabkan anak gelisah pada waktu malam walaupun ianya ditutup. Jadi, untuk lebih meyakinkan bahawa mereka selamat, pasangkan tirai yang menghalang terus pandangan mereka ke arah luar seperti langsir tebal atau bidai.
Bilik yang terlalu tertutup juga boleh menyebabkan kanak-kanak ketakutan dan berfikiran mereka tidak dapat meloloskan diri jika berlaku sebarang kalian. Ini akan menyebabkan anak lebih cemas dan tidak dapat tidur di dalam bilik gelap mahupun suram. Oleh itu, jika perlu bagi anak yang mempunyai fobia gelap yang kronik, biarkan pintu bilik terbuka supaya mereka sentiasa rasa mudah dan bersedia untuk melarikan diri apabila terlalu takut.
Nota: Amalan membaca doa sebelum tidur adalah perkara paling baik yang perlu diterapkan di dalam jiwa anak-anak semenjak kecil lagi.
The post Atasi Fobia Gelap appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment