Sunday, July 31, 2016

RR Design Kediaman: Victorian Kontemporari

Gregory Phillips Architects’ sebuah firma arkitek terlibat dalam menjayakan pembentukan semula hartanah Victorian yang terletak di luar bandar London dalam masa sama dikehendaki mengekalkan beberapa ciri-ciri asal. Pemilik inginkan satu perubahan agak berlainan dalam rekaan asal iaitu dengan mewujudkan ruang pelan terbuka serta terang yang tidak terdapat pada rekaan sedia ada dari tahun 1980-an dengan koridor sempit serta ruang bilik kecil. Projek ini mengambil masa selama 15 bulan bagi menghasilkan kediaman Grade II-listed Victorian Residence yang menggabungkan konsep tradisional dan kontemporari.guildford-4

Penggunaan keluli dan kaca dalam  stuktur binaan  memenuhi  kemahuan pemilik yang inginkan ruang kediaman kelihatan lebih luas berbanding asal. Dalam masa yang sama penggunaan tingkap dan pintu kaca secara meluas membuka pemandangan luas ke luar tanpa halangan. Di dalam rumah pula, setiap ruang berhubung diantara satu sama lain dengan susun atur sempurna. Kemasan lantai kayu lamina walnut menyuntik keselesaan dalam penataan gaya dalam kediaman. Pemasangan lantai kayu secara keseluruhan serta dinding putih membantu menyatukan keseluruhan ruang iaitu ruang keluarga, ruang makan dan ruang dapur dalam pelan lantai yang sama.

Rekaan rapi penuh gaya ruang dapur dilengkapi dengan kemasan permukaan dapur Brushed stainless steel serta konkrit. Pereka memasukkan kerusi putih dan hijau dalam ruang bagi menyuntik rasa lebih segar dalam penataan. Inovasi lampu siling  ‘Shomei’ anti silau menghasilkan kesan sedikit gelap untuk keselesaan visual.  Kerusi bar hijau Kartell rekaan Philippe Starck, disusun selari pada dinding yang tidak dibiarkan kosong, karya seni pemilik dipaparkan menjadi latar belakang kreatif. Sementara itu di ruang makan,  kerusi makan hijau dan putih pula mengelilingi meja bulat Tulip,Eero Saarinen jadi pilihan.

guildford

Menjengah ke ruang makan dan kawasan bar, kerusi makan Mr Impossible, Eugeni Quitlet dan Victoria Ghost rekaan Philippe Starck dari Kartell disusun rapi mengelilingi meja makan segi empat tepat.  Gabungan hiasan milik peribadi tuan rumah diolah bersama hiasan tambahan dari pereka seperti konsol logam, cermin, lampu gantung, arca dan jam dinding menambahkan lagi seri ruang tersebut. Rak kayu DHJ Furniture serta pendiang api asal yang dikekalkan menjadi nilai tambah pada  dekorasi ruang ini. Tiada cela dalam penataan tambahan mengagumkan tetamu yang diundang  tatkala makan bersama di sini.

guildford-2

Di ruang tamu, pendiang api asal masih dikekalkan. Katil sofa velvet Scala hitam  daripada Maisons de Monde disuaikan bersama meja kopi kaca manakala kerusi fabric Orbital hitam putih oleh Christophe Pillet pula dipadankan dengan meja kopi kayu dari BoConcept. Rak buku DHJ Furniture dari firma Gregory Philips tampak menawan dalam hiasan. Di satu sudut Piano menjadi pelengkap dekorasi mewah dalam hiasan.

guildford-1

Bilik air utama direka sekitar konsep kontemporari menariknya tab mandi yang dibina dari hujung dinding ke hujung dinding yang diberi nama Bette Starlet bagi pengalaman mandi yang lebih mengujakan, bukan hanya tab mandi disediakan malahan pancuran mandi Vola  dan Hansgrohe akan menjadi terapi harian menyenangkan. Glass screen Majestic menjadi pemisah antara ruang pancuran mandi serta tandas dari Flaminia Link. Dua unit cermin dari DHJ dipasang berdekatan set kembar Sinki Flaminia serta paip Vola. Bilik air ini turut dilengkapi dengan perincian rel tuala dari Eileen chrome serta arca batu Amethyst Cave. Di ruang ini, lantai Kirkstone grey rivan slate dari Burlington Stone jadi kemasan pilihan manakala dinding kamar pula mendapat sentuhan istimewa  Pereka Dalaman Gregory Phillips membentuk sebuah ruang rapi dan kontemporari.

guildford-3

Nama projek : Guildford
Konsep Rekaan : Victorian Contemporary
Pereka : Gregory Phillips Architects’
http://ift.tt/LhlqoG

The post RR Design Kediaman: Victorian Kontemporari appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment