Merangkumi lebih daripada 26,000 kaki persegi, Centro W Salon terletak di pusat membeli-belah Garden Mall dengan menonjolkan konsep menyerlah dengan gabungan hitam dan emas. Direka oleh firma Pereka Motto Designs yang terkenal dengan signature rekaan berkonsep gelap dan misteri, salun ini menjadi terjemahan gaya sofistikated dalam kelas tinggi.
Hasil dari pengubahsuaian, Centro W Salon telah berubah menjadi sebuah salon glamor dengan elemen glossy . Rekaan ruang dalaman menawarkan suasana santai dan lebih mesra menyokong matlamat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Menyelami rekaan salon ini seumpama merentas dunia futuristik mewah di mana permukaan sleek dari penggunaan bahan digilap serta dominasi warna keemasan adalah satu bentuk pemuasan gaya misteri yang menarik. Black lattice wall, lampu glob emas dan juga logo membentuk komposisi ideal dalam konsep smoky luxury.
Rak paparan khas direka untuk menjadi sebahagian daripada kanvas gelap. Lampu tersorok dengan rekaan lampu gantung digunakan untuk mencipta kesan cahaya yang menerang permukaan berkilat serta membentuk bayangan di sekitar. Ruang utama memberikan ekspresi smoke and mirrors menzahirkan keunikan dan misteri di dalam ruang.
Reka bentuk dalaman salon dibahagikan menjadi beberapa bilik seperti quick cuts lounge, stylists room dan deluxe VIP rooms mewujudkan pengasingan bagi memberi rasa lebih peribadi dan selesa.
Kepakaran perkhidmatan ditambah suasana salon berkonsep classy menjadi daya tarik untuk sesiapun mencuba khidmat mereka sekaligus menjadi alasan kukuh memancing tanggapan baik dari pelanggan untuk kembali singgah kali kedua dan seterusnya.
Direka Oleh | Motto Design
The post RR Design: Salon Mewah appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment