Pelan lantai terbuka mewujudkan ruang luas tetapi berkemungkinan boleh hilang karakter jika salah mengaplikasi skim cat monokromatik. Menggunakan lebih daripada satu warna pula sering menimbulkan persoalan bagaimana membuat peralihan terbaik antara warna dalam ruang sama. Jawapannya bergantung kepada beberapa faktor, termasuk susun atur, perabot dan ciri-ciri yang sedia ada seperti lantai, tingkap dan pintu.
Pilihan warna
Salah satu cara untuk menjadikan ruang bersepadu tanpa kelihatan bosan dalam warna monokromatik di seluruh kawasan adalah dengan menggunakan tone sama namun shades berbeza. Cara lain adalah untuk memilih warna yang hampir sama pada colour wheel supaya warna berbeza tidak nampak bercanggah dalam ruang sama.
Penentuan kawasan
Lantai kediaman mungkin bersifat terbuka, tetapi ruang yang di dalamnya boleh jadi mempunyai ciri discrete seperti pintu gerbang, perubahan dalam paras lantai atau alas lantai dan perubahan dalam dimensi bilik. Setiap satu daripada ciri-ciri ini menawarkan tempat peralihan semula jadi.
Guna ciri seni bina
Salah satu strategi baik adalah menggunakan ciri-ciri seni bina untuk peralihan warna. Rasuk siling, tingkap besar, binaaan rak adalah antara beberapa medium boleh digunakan. Jika rasuk siling menandakan peralihan dari satu bilik yang lain, gunakannya untuk mengalikasikan perubahan warna antara ruang tapi tetapkan dinding pada warna sama.
Warna terang
Backsplashes merupakan tempat terbaik untuk menggunakan warna terang. Sebarkan warna vibrant di sekitar ruang akan menambah aliran visual yang lancar dalam ruang meski wujud warna berbeza dalam ruang sama.
Dinding tumpu
Dinding focal paling ideal dengan naungan lebih gelap atau vibrant. Sementara itu dinding bertentangan dengannya sebaik baik diwarnakan dalam naungan sederhana cerah atau cerah supaya ruang tidak terasa sempit.
Siling dan Trim
Warna neutral adalah warna terbaik untuk siling. Jika mahu mewarnakan trim dan woodwork pula, pertimbangkan warna putih kerana warna ini boleh menjadi dasar semua warna dengan baik dan meneutralkan kawasan lebih lebih lagi jika ada warna berbeza dalam satu ruang.
The post RR Fokus: Experimental Warna appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment