imej dari property plus
Tidak salah untuk bermimpi tinggi, tapi hati hati bila di awangan, natijahnya kalau jatuh susah masa depan. Cadangan untuk orang muda yang baru mula kerja, buat masa sekarang, disarankan mula dari bawah. Beli rumah mampu milik berdasarkan gaji semasa. Bagaimana mengira nisbah kemampuan membayar dengan gaji? Darabkan gaji tahunan X 5.5, jawapan yang diperoleh adalah harga rumah yang layak dibeli.
imej dari pixabay
Rumah Mampu Milik
Harga tanah yang tinggi, kos pembinaan yang semakin meningkat ditambah dengan caj cukai barang dan perkhidmatan (GST), permainan spekulator dan orang tengah menyebabkan harga untuk memiliki tempat tinggal semakin mahal hari ini. Untuk menjadikannya mampu milik, banyak pemaju mengambil pendekatan downsize unit dengan binaan built up area lebih kecil, mengurangkan jumlah ruang di dalam kediaman seperti bilik dan tandas. Dengan cara ini pembeli lebih mampu memilikinya tanpa menjejaskan margin keuntungan pemaju. Bagi orang bujang atau berkeluarga kecil, kondominium atau apartment dua atau tiga bilik sudah cukup sebagai rumah pertama tanpa membebankan anda yang masih banyak komitmen lain.
Kediaman Kompak
Bandar yang menjadi tempat tumpuan anak muda mengejar kerjaya mengalami pembangunan pesat. Di Kuala Lumpur misalnya, semakin padat dengan pembangunan termasuk kediaman. Faktor tanah yang semakin terhad (scarcity) turut menyumbang kepada kepesatan binaan kompak. Semakan banyak pembangunan soho, sofo dan residential studio. Kediaman seperti ini biasanya menjadi pilihan golongan bujang yang bekerjaya.
imej dari azlan property
Pasaran Sekunder
Pasaran sekunder iaitu subsale atau hartanah lelong sering dipandang sepi oleh golongan muda kerana bukan rumah baru. Buka mata dan lihat potensi dari sudut lain untuk mencantikkan rumah lama ini walau tiada simpanan.
Contohnya membeli rumah subsale pada harga sekurang kurangnya 10% sehingga 20% di bawah harga pasaran. Agak mudah mencari kediaman jenis ini di bawah market value berbanding rumah jenis prime property.
Lakukan tawar menawar rumah subsale yang dianggarkan bernilai RM200,000 dan membelinya daripada pemilik atau agen pada harga RM160,000. Kemudian dapatkan 90% pinjaman yang bernilai RM180,000, ditolak akan ada lebihan tunai RM20,000. Tunai ini boleh gunakan untuk bayar kos guaman SPA & Loan agreement, atau untuk buat pembaikan kediaman. Strategi yang baik untuk dipertimbangkan bukan?
The post RR Fokus: Kediaman Pilihan Generasi Muda appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment