Friday, July 22, 2016

RR Tips: Dekorasi Ruang Dapur

idea-dapur-ttyid
Direka oleh | TTY ID

Dapur secara tipikalnya mempunyai banyak barang yang perlu disimpan dan jika salah perkiraan reka letak kadang-kadang boleh kelihatan seperti sebuah stor simpanan barang. Kreativiti dekorasi ruang dapur sangat penting untuk memastikan kelancaran urusan dapur yang sibuk. Salah satu hal yang perlu diutamakan adalah dekorasi kabinet dapur. Kabinet dapur membantu sesebuah ruang dapur untuk tampil kemas, bersih, cantik dan berfungsi dengan baik.

Tips
Maksimakan penggunaan kabinet dapur untuk penyimpanan barang supaya dapur tidak berselerak. Simpan mengikut kepentingan keperluan agar aktiviti memasak menjadi senang.

Ringkas dan Maksima
idea-dapur-homlux
Direka oleh | Homlux Interior Furnishing

Moden, minimalist dan geometrik, dapur ini dilengkapi dengan kabinet yang dipasang secara horizontal dengan nominal ornamen. Namun keindahannya tetap berada pada kelas tersendiri. Hiasan tumbuhan hijau di dalam pot gelas sebagai insentif dan nilai tambah untuk personalisasi kontemporari. Ditambah dengan kemasan batu-bata pada dinding, dan stail kabinet berpintu menjadikan dekorasi ini sesuai bagi mereka yang mahukan ruang dapur yang ringkas namun masih cantik serta dapat beroperasi dengan maksima.

Praktikaliti U & L
idea-dapur-q1-interior
Direka oleh | Q1 Interior Concept

idea-dapur-sky-creation
Direka oleh | Sky Creation

Mengoptimakan ketiga-tiga sudut dapur, penjelmaan kabinet berbentuk U adalah  terbaik untuk keberkesanan fungsi dapur yang lebih efektif. Di dalam ruang yang kecil atau sederhana, setiap barang akan menjadi mudah tercapai.  Malah kabinet dinding di dapur boleh menyediakan banyak tempat penyimpanan sebagai penyelesaian masalah penstoran barang. Namun untuk ruang yang besar, kabinet berbentuk U mungkin memerlukan anda bergerak agak jauh dari satu sisi ke satu sisi. Atau pilihan lain selain kabinet berbentuk U adalah penggunaan kabinet berbentuk L. Konfigurasi kabinet L paling efisien untuk ruang dapur segiempat atau segi empat tepat. Rancang dan modelkan setiap sudut dengan berhati hati supaya hasilnya bergaya dan praktikal.

Tips
Dekorasi kedudukan sinki pada satu horizontal manakala dan dapur memasak pada satu horizontal lagi namun dalam kedudukan yang tidak terlalu jauh untuk memudahkan kerja-kerja membasuh bahan-bahan mentah dan memasak. 

The post RR Tips: Dekorasi Ruang Dapur appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment