Tuesday, July 5, 2016

Tips Untuk Ruang Tamu Berkonsep Minimalis

Ringkas sempurna
rr-design-base
Direka oleh | Design Base

Terlalu banyak perabot dan hiasan boleh mewujudkan kekacauan dan memberi tekanan di dalam rumah. Maka pendekatan minimalis bukan sahaja akan menjadikan rumah kemas, malah menghalang visual mata daripada tertekan akibat ruang bersepah.

Singkirkan perkakas tidak perlu. Simpan barang yang jarang digunakan di dalam kabinet, kotak atau bakul menarik agar tampil lebih kemas dan sempurna. Jika masih ada hiasan untuk dipaparkan, himpunkan dalam kumpulan sama agar lebih teratur dalam menghias ruang minimalis supaya tidak hambar.

Keseimbangan kunci minimalis
rr-yong-design
Direka oleh | Yong Design

rr-id-industries
Direka oleh | Id Industries

Keseimbangan adalah kunci pada reka bentuk minimalis, untuk mengikuti prinsip minimalis fikirkan ruang tamu sebagai satu garisan menegak dan mendatar bagi memudahkan kerja  menyusun perabot, hiasan dan karya seni secara teratur.

floordepotads

Contohnya, susunan dua unit lampu lampu di kiri dan kanan sofa  atau susunan simetri perabot di satu bahagian ruang tamu. Keseimbangan yang dicapai dengan betul membolehkan ruang tamu nampak kemas, rapi dan sudah tentu berwajah minimalis.

Kekuatan Fokus
rr-luna-solutions
Designed by | Luna Solutions

TIPS: Antara warna cadangan untuk menyempurnakan konsep minimalis ialah warna bumi seperti warna kecoklatan atau tans.

Titik tumpu boleh menjadi kekuatan dalam mengetengahkan konsep minimalis ruang tamu. Dengan adanya titik fokus, bahagian lain boleh ‘berehat’ daripada menampung dekorasi berat.

Bagi sesetengah individu, sofa mungkin salah satu perabot paling banyak digunakan. Jadi, mungkin ruang ini akan kelihatan sarat. Pemilihan rekaan sofa ringkas diletakkan di atas jubin, tanpa kemasan lantai, masih boleh tampil outstanding jika disusun dengan rapi bersama keperluan lengkap. Selain sofa, sudut ruang atau dinding tumpu boleh dijadikan titik fokal. Paling penting, perlu ada satu tarikan hiasan minimalis utama.

The post Tips Untuk Ruang Tamu Berkonsep Minimalis appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment