Monday, August 29, 2016

RR Design: Ilusi Putih

Klinik Kent yang terletak di kawasan Medan Ipoh Bestari menyediakan sebuah ruang untuk rawatan yang direka dalam warna utama putih dan berkonsep moden kontemporari bagi mencipta suasana tenang penuh kedamaian kepada sesiapa yang datang untuk menerima rawatan di sini.

q1-white-ilusi

Dari jarak jauh lagi sudah kelihatan papan tanda Klinik Kent jelas untuk mengalukan pesakitnya. Barangkali kita mengandaikan ia seperti klinik biasa lain jika hanya diberitahu ia sebuah klinik dicat putih. Tapi sebaik kaki melangkah masuk ke ruang dalam, ternyata berbeza dan ruang dalamannya cukup selesa. Malah ruang dalaman yang rapi sudah boleh diimbas dari luar lagi melalui dinding kaca yang digunakan sepenuhnya di hadapan fasad binaan.

Kaunter pendaftaran yang menghadap pintu masuk masuk menerima suntikan kontemporari. Putih bersih, dengan rekaan lekuk dan garis kreatif  bersama reka letak sumber pencahayaan yang mengagumkan. Berhadapanya berdekatan penjuru, sebuah kerusi  kemasan kulit berwarna putih disediakan untuk ruang menunggu. Namun begitu ruang menunggu utama terletak tidak jauh darinya. Bangku panjang direka dari bahan berasaskan kulit dan bewarna coklat pula  ditempatkan bersandar pada dinding dan berhadapan pintu masuk bilik rawatan peribadi. Di sisinya pula, satu rak kecil dengan paparan pelbagai hiasan berwarna warni menyuntik vibe ceria.

q1-white-ilusi-1

Setiap satu bilik rawatan terdapat peribadi ingeris menarik dihias sama. Apabila warna off-white pada keseluruhan dinding bergabung bersama warna coklat  pada lantai kayu lamina, ia menjadi kombinasi mewujudkan sebuah ruang harmoni dan selesa.

Selanjutnya: RR Design: Adukan Gaya Ruang Kerja

q1-white-ilusi-2

http://ift.tt/29k7rPd

http://ift.tt/2bADyI3

The post RR Design: Ilusi Putih appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment