Monday, August 29, 2016

RR Destinasi: Hotel De ART

Dari perkarangan lobi, kota kecil Paris nampak hidup dalam paparan lukisan 3Dimensi. Sofa empuk berona tanah menjadi pelengkap gaya eksklusif di bahagian hadapan ini. Apa yang mengujakan di dalam hotel ini untuk diteroka?

hotel-de-art-shah-alam-exterior

Ibarat masuk ke dalam dunia imaginasi, Hotel de Art yang terletak di Jalan Nelayan 19/D seksyen 19 Shah Alam menawarkan ruang penginapan yang mempunyai keunikan lukisan 3 Dimensi melatari bilik. 33 bilik inapan digarap bak jalan cerita animasi berbeza. Antaranya The Horse & The Barn, Swimming with Dolphin, Hedwig’s Letter, Harry’s Car, Star Dust, Leaning Tiwer of Pisa, The Snails Trail, A Night in Safari dan banyak lagi. Pengunjung boleh memilih bilik mana yang disukai. Konsep asal dekorasi hotel datang dari idea pemiliknya sendiri, Dr Jenny Liow kemudian menggunakan khidmat pelukis mural profesional bagi merealisasikan impiannya. Kebanyakan bahan deko diimport dari China.

hotel-de-art-shah-alam hotel-de-art-shah-alam-bedroom

Bukan hanya bilik inap yang mendapat sentuhan seni, ruang koridor setiap tingkat dan lif turut memaparkan himpunan karya artis terkenal yang dimuatkan dalam bentuk bingkai gambar serta figura menyediakan tetapan latar indah untuk dipotret. Umpama bercuti di sebuah galeri 3D, tidak hairan jika hotel yang dibuka sejak November 2015 ini menggamit ramai pengunjung untuk menginap disini terutama peminat seni 3 Dimensi.

Sama ada datang dalam kumpulan atau sendiri, Hotel de Art menawarkan beberapa kategori bilik antaranya Art Single, Art Queen, Art Twin, Art Queen Deluxe, Art King Deluxe, dan Art Family. Pasti ada satu pilihan yang sesuai untuk setiap orang! Menyediakan penginapan yang selesa, setiap bilik mempunyai kemudahan seperti pendingin hawa, rangkaian televisyen satelit, Wifi serta kelengkapan menyediakan kopi dan teh. Jangan lupa singgah di bilik sarapan aras dua nikmati hidangan berlainan menu setiap hari serta pelbagai kuih muih tradisional menyempurnakan penginapan inap di hotel butik local ini. 

hotel-de-art-shah-alam-bench

Terletak tidak jauh dari beberapa lokasi pelancongan popular seperti i-City, Kompleks Sukan Shah Alam, Extreme Park, Sunway Lagoon Theme Park, Bukit Cahaya Taman Pertanian dan Wet World Shah Alam. Tidak ketinggalan lambakan kompleks membeli belah tidak dari hotel seperti gedung tekstik terbesar, Jakel, Kompleks Ole-Ole, SACC Mall, Plaza Alam Sentral, Pusat Konvensyen IDCC dan banyak lagi.

Jika berkunjung ke sini, jangan lupa lensa kamera untuk abadikan kenangan manis!

http://ift.tt/15hHQ44

The post RR Destinasi: Hotel De ART appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment