Wednesday, October 12, 2016

10 sebab SCALA2 menjadi pump air terbaik!

Apabila Grundfos mengumumkan pelancaran SCALA2 water booster pump baru yang menjanjikan tekanan air sempurna melalui semua paip pada setiap masa, ia adalah satu berita gembira yang perlu dihebahkan kepada semua.

grundfos_water_pump_event

“Kebanyakan orang terpaksa bersabar menghadapi keadaan tekanan air rendah lantaran beranggapan melakukan kerja perpaipan amat mahal” kata CK Leong,  Pengarah Urusan Grundfos bagi Asia Selatan Indonesia, Singapura & Malaysia.

“Water booster pump SCALA2 adalah inovasi yang direka bagi mendorong tekanan air sempurna pada setiap masa, walaupun paip pancuran mandian dibuka, paip dapur digunakan dan kereta sedang dicuci di luar serentak. Pemasangan water booster pump hanya memerlukan beberapa minit untuk memasang dan boleh dilakukan oleh seorang tukang paip. Ia meningkatkan keselesaan di rumah untuk masa yang lama” Jelasnya lagi.

Berbanding pump air konvensional yang biasanya dipasang di atas bumbung, SCALA2 boleh dipasang di peringkat ground level bagi memudahkan penyelenggaraan.

10 sebab SCALA2  menjadi pump air terbaikgrundfos_water_pump

1. Tekanan air lebih baik
Teknologi kawalan pump pintar bersama inverter yang menawarkan tekanan air keluar sempurna tanpa mengira tekanan masuk yang berbeza meskipun banyak paip digunakan dalam masa yang sama.

2. Bunyi yang rendah
Pada penggunaan biasa, SCALA2 mengeluarkan tahap bunyi terendah 47Db (a) menjadikan ia satu booster paling senyap dalam produk seumpamanya

3. Kompak
Saiz yang cukup padat untuk dimuatkan dalam ruang terhad. Berat 10kg menyenangkan pengendalian.

4. Mudah beroperasi
Satu panel kawalan mesra pengguna membolehkan pengguna menetapkan tahap tekanan air dalam masa singkat dan mengawal selia sendiri dan bebas menyelenggara.

5. Boleh dipercayai
SCALA2 dibina daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dan telah melalui ujian kualiti ketat. Ia sesuai untuk pemasangan dalam dan luar dan mampu kekal keadaan cuaca buruk

6. Harga mampu milik
Harga jualan disyorkan RM1, 999.

7. Ideal
SCALA2 paling sesuai untuk kediaman 3 bilik mandi.

grundfos_press_conference

8. Jangka Hayat
Teknologi pam membolehkan ia berfungsi pada tahap optimum untuk tempoh yang lebih lama berbanding produk seumpama dalam kelas yang sama

9. Self-priming
Pam air dari kedalaman 8 meter.

10. Pemasangan yang mudah
Unit All-in-one. Tiada pemasangan yang kompleks.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.grundfos.com.my

The post 10 sebab SCALA2 menjadi pump air terbaik! appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment