Monday, October 24, 2016

RR Design: Art Stage Jakarta

Art Stage Jakarta, pameran seni premium pertama Indonesia dianjurkan dalam format antarabangsa menutup edisi sulungnya pada kedudukan sangat memuaskan dengan kehadiran ramai pelawat serta jualan kukuh.

rr_41_art_stage_jakarta_view

Pameran mampu menarik sejumlah 15,180 pengunjung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos 2016 termasuk pengumpul, artis, profesional seni dan orang awam. Baik galeri Indonesia sendiri mahupun antarabangsa telah membuat jualan awal pada hari pembukaan dan terus berjalan lancar dalam tempoh dua hari.

rr_41_art_stage_jakarta_view_artwork

Nadi Gallery Indonesia mencatatkan jualan laris terutama hasil kerja artis Handiwirman. ROH Projects juga menyaksikan jualan yang baik karya artis tempatan Arin Dwihartanto Sunaryo, Syaiful Aulia Garibaldi, Syagini Ratna Wulan dan artis Singapura Jeremy Sharma. Pengumpul juga dilihat tertarik dengan karya oleh I Nyoman Masriadi di Galeri Canna serta dua karya seni oleh Edi Susanto dipamerkan oleh Lawangwangi Gallery telah dijual.

Selain karya seni yang dipersembahkan oleh 49 galeri Indonesia dan Antarabangsa, kejayaan Art Stage Jakarta juga diperkukuh dengan dua pameran khas museum-like iaitu Affandi: The Human Face dan Expose: The Collectors’ Show. Ia adalah hasil sokongan pengumpul tempatan meminjamkan koleksi karya peribadi mereka untuk dipamerkan.

Lawatan eksklusif ke tujuh buah rumah pengumpul Indonesia untuk melihat koleksi peribadi mereka adalah salah satu sorotan menarik dalam Art Stage Jakarta. Lawatan ini memberi peluang kepada VIP Art Stage Jakarta mendalami dunia seni mengumpul di Indonesia.

rr_41_art_stage_jakarta_human_face_exhibition

Art Stage Jakarta mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi seluruh masyarakat pengumpul Indonesia menjadi penyumbang besar kepada kejayaan pameran. Antara yang hadir termasuk collector terkenal Indonesia Deddy Kusuma, Alex Tedja, Dr. Ir. Ciputra, Caecil Papadimitriou, Rudy Akili, Haryanto Adikoesoemo, Alexandra Prasetio, Dr. Hong Đjien Oei, Prasodjo Winarko, Susan Santoso, dan collector antarabangsa Datuk Marcus Tan dan Datuk Noor Azman dari Malaysia, Daisuke Miyatsu dari Jepun, Adrian Garcia dan Lindsay Licup dari Filipina; socialite Indonesia Maria Lukito, Dian Mulyadi, Farah Quinn dan Millie Stephanie; dan artis Heri Dono, I Nyoman Masriadi, FX Harsono, Agus Suwage, Handiwirman, Titarubi serta artis Cina Yue Minjun dan Chen Wenling.

Edisi pertama Art Stage Jakarta telah diadakan di Sheraton Grand Jakarta Gandaria City dari 5-7 Ogos lalu. Manakala Art Stage Singapore, pameran seni perdana Asia Tenggara dan acara utama Singapore Art Week akan diadakan dari 12-15 Januari 2017.

rr_41_art_stage_jakarta_lorenzo_rudolf

“Saya terharu dengan sambutan kami terima daripada seluruh komuniti seni Indonesia. Semua pengumpul datang untuk menyokong kami bukan sahaja membeli karya seni tetapi membuka pintu rumah mereka untuk berkongsi koleksi yang luar biasa bersama para tetamu dari Indonesia dan luar negara. Untuk ini, saya amat bersyukur. Ia mengingatkan saya kepada suatu masa di Miami apabila pengumpul di bandar tersebut mengalu alukan dan secara aktif menyokong saya untuk membawa new art fair ke bandar itu.” — Lorenzo Rudolf, Pengasas dan Presiden Art Stage Jakarta

The post RR Design: Art Stage Jakarta appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment