September ini, IKEA bakal melancarkan koleksi SVÄRTAN. Koleksi yang mengumpul hasil rekaan Pereka tekstil Sweden, Martin Bergström dan pelajar Fesyen India. Tipikial bagi masyarakat dunia melihat India sebagai sebuah negara berwarna warni, ironinya kali ini apabila SVÄRTAN menjemput kita meneroka India dari satu sisi berbeza, menerusi koleksi berasaskan warna hitam, putih dan kelabu.
Corak diinspirasikan dari Landskap Urban
Koleksi SVÄRTAN merangkumi tekstil, barang-barang kertas, kaca, seramik dan objek logam. Setiap karya kaya dengan tekstur halus dan corak abstrak. Inspirasi diceduk daripada objek yang wujud dalam persekitaran bandar India yang selalunya terlepas pandang ramai orang. Ia menggalakkan kita melihat keindahan dalam sesuatu keadaan mata kasarnya dilihat biasa.
Sentuhan tangan manusia
Seluruh koleksi SVÄRTAN telah dihasilkan di India dan menggunakan banyak teknik tradisional bersama bahan semula jadi menjadikan setiap item tampil dengan identiti buatan tangan yang secocok dengan reka bentuk. Mainan begitu banyak bahan dan objek berbeza menjadikan ia satu koleksi hitam putih dan kelabu yang hadir dalam berbagai corak ditenun, dicetak dan tekstur unik.
Imej rekaan masa depan India
Bagi menarik gambaran imej kontemporari India masa hadapan menerusi koleksi ini, 25 orang pelajar dari NIFT (National Institute of Fashion Technology) New Delhi dijemput menyertai bengkel bersama Martin Bergström.
Para pelajar mengambil inspirasi dari tempat yang tidak dijangka. Corak pada permukaan dan dinding bermasalah, kabel tergantung di atas jalanan, siapa sangka para pelajar ini dapat melihat keindahan daripadanya lalu membuat cetakan atau lukisan yang mengandungi keseimbangan antara organik dan abstrak.Lebih 2000 lukisan telah dihasilkan para peringkat awal bengkel kemudian menjadi intipati sekitar 15 corak akhir yang terpilih untuk koleksi ini.
“Apabila datang ke India, perkara pertama yang diperhatikan adalah cahaya dan terang. Kemudian saya mula melihat benda benda lain. Lalu saya nampak keindahan melewati perspektif kejelasan seperti permukaan patina yang mengagumkan, tekstur dinding, dan corak yang diciptakan oleh hujan monsun” —- Martin Bergstrom
Tentang Martin Bergström
Martin Bergström telah bekerja dalam bidang fesyen, seni dan reka bentuk selama lebih satu dekad dan terkenal dengan rekaan berimej berani dan Avant-garde. Untuk rekaan SVÄRTAN, Martin telah menggunakan kesan dakwat serta teknik kraftangan yang semakin dilupakan untuk menghidupkan idea beliau dalam koleksi ini.
Selanjutnya: Streamlined Beauty
The post RR Design: Svartan Collection IKEA appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment