Friday, October 7, 2016

RR Diari: Elyza’s

elyza_buildings

ELYZA’S jenama hiasan tingkap yang telah bertapak di Malaysia lebih dua dekad, hari ini membuka Pusat Hiasan Tingkap Elyza’s (EWCC) di Balakong Seri Kembangan. Pusat sehenti yang menjadi flagship store ELYZA’S ini mempamerkan lebih 5,000 jenis produk hiasan tingkap trend baharu termasuk fabrik, langsir, bidai, perkakasan dan sistem permotoran memenuhi keperluan pengguna moden.

elyza_living_room

Jika dahulu pelanggan hanya boleh membeli produk ELYZA’S menerusi lebih 200 wakil penjual kini boleh membeli secara terus dari kedai flasghip ini yang menwarkan lebih banyak nilai” kata Pengarah Urusan ELYZA’S® Home (M) Sdn Bhd, Teh Kiong Hui.

Bersempena pembukaan rasmi EWCC, ELYZA’S® turut memperkenalkan 26 koleksi terbaru termasuk 15 koleksi fabrik dan 11 koleksi kertas dinding yang diimport dari negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Turki, Sepanyol dan India yang cantik dan bermutu tinggi.

elyza_girl_room

EWCC menjadi pusat sehenti mempamerkan produk in-trend hiasan tingkap serta menempatkan pakar perunding profesional diketuai sendiri pakar hiasan tingkap iaitu Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi ELYZA’S® Home (M) Sdn Bhd, Elyza Yong. Selama menerajui perniagaan ini, Elyza menetapkan misinya membawakan produk hiasan tingkap terbaik dari seluruh dunia di Malaysia bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang pelbagai. Malah, bertuah bagi pelanggan yang berpeluang mendapatkan perkhidmatan terus dari Elyza kerana beliau memiliki pengetahuan yang tinggi dalam hiasan tingkap. Ilmunya turut dikongsi bersama pasukan perunding dan para pelanggan.

Hadir memberi sokongan dalam majlis perasmian flagship store ini selebriti terkenal tanah air, Fahrin Ahmad yang juga merupakan pelanggan ELYZA’S, di mana beliau berkongsi pengalamannya dan menggelar diri sebagai “Happy Customer of ELYZA’”.

Promosi pembukaan EWCC
Untuk tempoh sebulan dari 1-31Oktober 2016, pelanggan yang membuat pembelian atau pra-tempahan di EWCC dan semua kedai konsep ELYZA’S dapat menikmati diskaun Promosi Pembukaan Istimewa sehingga 30% beserta Khidmat Reka Bentuk & Preview percuma, tertakluk kepada terma dan syarat.

Laman Web: http://elyza.com/
Facebook: http://ift.tt/2dlyjgN

The post RR Diari: Elyza’s appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment