Thursday, October 13, 2016

RR Diari: Festival Itali Di Malaysia

italian_festival_2016

Festival Itali bermula dengan acara pelancaran The Concept of the New Evolution Outlet di Evolve Mall, Ara Damansara. Duta Itali di Kuala Lumpur, H.E Mario Sammartino dan Ketua Pegawai Eksekutif Goodnews Fashion, Mr Fabio Lunardon adalah antara lebih 400 tetamu yang hadir dalam majlis ini. Sebuah flagship utama,  LOGO merangkumkan lebih daripada 500 koleksi jenama pereka antarabangsa dari seluruh dunia memenuhi keperluan wanita, lelaki dan kanak-kanak.

Dr Samuele Porsia, Pesuruhjaya Perdagangan Itali (Italian Trade Commissioner)di Kuala Lumpur berkata, “Ia adalah satu trend yang membolehkan sesiapa sahaja menikmati kemewahan pada harga berpatutan. The Concept of the New Evolution Outlet yang pertama di Asia Tenggara ini menawarkan rangkaian jenama mewah Itali”

Produk Itali dibuat cantik dengan bahan berkualiti dan seni pembuatan yang teliti

Sambutan pengguna terhadap produk  “Made in Itali” membuka peluang perniagaan meluas. Terdapat sekurang-kurangnya 100 syarikat Itali membuka sebuah cawangan pejabat di Malaysia termasuk sektor dari barangan pengguna, pembuatan, pelancongan, perkhidmatan, dan lain-lain.

Tahun 2016 menyaksikan pertumbuhan sebanyak 5.6%  pasaran  produk dari “Made in Itali” di Malaysia merangkumi pertanian, makanan dan minuman, tekstil dan pakaian, perabot, farmaseutikal, petroleum dan kejuruteraan kimia, jentera dan peralatan, jam tangan, kenderaan bermotor, industri pembuatan dan lain-lain. permintaan untuk produk Itali mempunyai pertumbuhan yang baik selama ini. Terdapat peluang yang baik untuk perusahaan untuk meneroka perniagaan perdagangan antara Itali dan Malaysia. Walaupun penggunaan yang lebih rendah di pasaran domestik – Itali mengeksport EUR€480.868 million ke Malaysia pada 2016.

The post RR Diari: Festival Itali Di Malaysia appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment