Perubahan cuaca adalah perkara utama penyebab cat dinding rumah kelihatan pudar, retak, megelupas dan tidak berseri. Merealisasikan kediaman impian dengan Dulux Weathershield ® Powerflexx menjadikan dinding luar rumah kelihatan cantik sepanjang masa. Bertemakan OUTDOOR untuk isu keluaran kali ini, Dulux berkongsi idea bagi mengindahkan kediaman anda dengan ‘Gaya Tropika’ yang terdapat dalam risalah Dulux Weathershield Dream Home sebelum ini untuk tatapan anda.
Konsep ini inspirasi dari hasil gabungan warna tanah dan kehijauan tumbuhan yang mampu anda menikmati ketenangan alam semula jadi dengan sentuhan warna seperti perang dan hijau buah zaitun.
Mahogany
Permukaan kayu pada struktur rekaan yang telah dioleskan dengan produk Dulux Solarscreen (Mahogany DSSCC12493) memberi impak seolah-olah anda berada disebuah resort percutian. Ia memberi nafas baru dan ketenangan kepada penghuni dan melapangkan hati pemilik rumah tanpa perlu risau kayu rosak atau warna dinding batu kediaman nampak janggal dikelilingi warna tanah dan tanaman hijau.
Maple Brownie
Bagi pencinta alam semula jadi, warna tona kayu dan tumbuhan mendominasi keseluruhan rekaan dengan diaplikasi bersama produk Dulux Solarscreen (Maple Brownie DSSCC12702) untuk permukaan lantai yang mana ianya dapat dengan suasana luaran yang tahan lasak. Warna dinding diserikan dengan warna lembut namun masih mengekalkan palet warna gaya ‘Tropical Retreat’, memberi perlindungan berpanjangan kepada dinding dari kesan panas cahaya matahari yang membakar, ketahanan dari kulat dan alga, serta pigmen warna yang berkekalan seperti baru dicat.
Dulux Solarscreen
Satu lapisan lut sinar luaran bertujuan untuk melindungi permukaan kayu dan memberi impak tropika semula jadi lebih menyerlah dan sempurna. Palet warna Dulux Weathershield dari Dulux Solarscreen adalah satu gabungan terbaik kemasan luar kediaman untuk menghasilkan gaya tropika semula jadi.
Dulux menawarkan perkhidmatan perundingan warna percuma untuk membantu anda menciptakan inspirasi palet paling sempurna kediaman anda. Hubungi Dulux di 1800-88-9338 atau e-mel: customercare.my@akzonobel.com. Facebook: http://ift.tt/2e9cGQx
*Warna yang dipaparkan di dalam imej di atas mungkin berbeza dari warna cat sebenar atas sebab-sebab pencahayaan dari fotografi serta percetakan. Sila rujuk kepada Dulux Colour Card di rangkaian kedai pengedar terdekat untuk rujukan warna yang lebih tepat.
Selanjutnya: Experimental Warna
The post RR Fokus: Kediaman Indah Bersama ‘Gaya Tropika’ appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment