Miliki taman herba di laman sendiri suatu idea yang baik dan praktikal. Tumbuhan herba seperti pudina, pegaga, halia dan sebagainya memiliki banyak kelebihan. Bukan sahaja menghijaukan laman malahan memberi manfaat kepada kesihatan.
Daun Sup
- Memiliki banyak vitamin termasuklah vitamin C, B12, K dan A. Ia mengekalkan sistem imun yang kuat serta tulang dan mampu melegakan stress.
- Daun sup mengeluarkan lebihan cecair dari dalam tubuh dan mentokong fungsi buah pinggang.
- Penggunaan daun sup secara kerap mampu mengawal tekanan darah. Malah asid folik yang terdapat dalam daun ini mampu menjadi tonik pada jantung.
- Daun sup dalam bentuk minyak essential mampu mengurangkan kelumumur dan masalah rambut gugur.
- Ia mengandungi banhan anti bengkak dan mengurangkan kesakitan pada sendi.
Pegaga
- Pegaga sesuai untuk pelancaran darah dan menangani imunisasi badan yang lemah dan minda yang stress.
- Pegaga yang diamalkan pengambilannya mampu seimbangkan kadar gula dlam tubuh badan.
- Bagi yang ingin tampil muda sentiasa amalkan pengambilan pegaga setiap hari.
Pudina
- Melegakan penghadaman, pudina mengandungi antioksidan dan phytonurients yang memberi tindak balas positif kepada sistem penghadaman.
- Pudina juga mampu melawan rasa sakit pada tubuh.
- Banyak bam atau minyak angin yang menggunakan ekstrak pudina. Ia berfungsi untuk melegakan kesakitan pada bahagian tertentu pada tubuh, jika menghidu ekstrak pudina anda akan berasa lebih tenang.
- Inginkan kulit yang cantik pudina ialah jawapannya.
- Ia sering dimasukkan sebagai salah satu bahan dalam pencuci muka atau pelembab kulit, ia mengandungi fungsi anti bakteria dan anti bengkak yang mampu melegakan kerengsaan pada kulit.
- Pudina mampu mengatasi masalah oral ia mampu membunuh bakteria di dalam mulut.
- Justeru tidak hairanlah pudina sering digunakan sebagai salah satu bahan untuk ubat gigi atau bahan kumur.
Halia
- Halia yang dimakan mentah sebelum anda mengambil makanan tengah hari mampu menahan nafsu makan dan meningkatkan jus dalam penghadaman.
- Halia meningkatkan kadar penyerapan nutrisi dalam tubuh.
- Halia mampu mengeluarkan angin dan membakar lemak dalam tubuh.
- Ia mengandungi fungsi anti bengkak yang melegakan kesakitan otot.
Selanjutnya: 5 Buaian Taman, Dulu Kini Dan Selamanya!
The post RR Fokus: Taman Herba appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment