Ringkas dan Moden
Direka oleh | Design Integra
Bukan sekadar tempat melelapkan mata, di sini juga beliau menghabiskan masa serta melakukan aktiviti peribadi seperti membaca, mendengar muzik dan melakukan senaman ringan. Pendek kata, bilik adalah ruang paling penting bagi Elinah, 29.
“Namun bilik tidur saya masih belum sempurna, masih banyak ingin dilakukan untuk mencapai bilik tidur idaman. Saya sukakan warna tanah serta rekaan ringkas dan moden” kata Elinah sewaktu berbual bersama penulis tentang bilik tidur impiannya.
Memperoleh idea daripada beberapa Pereka Bentuk Dalam profesional Malaysia, rrenovation memberi contoh untuk rujukan pengubahsuaian bilik tidur bagi yang mempunyai impian dan cita rasa seperti Elinah.
Warna Tanah dan Ciri Ruang
Direka oleh | Sachi Interior Design
Ada banyak pilihan warna tanah popular dalam reka bentuk dalaman antaranya naungan umber, ochre dan sienna. Kesemua ini boleh didatangkan dalam kelompok tona cerah atau gelap. Kesesuaian setiap satu warna bergantung kepada ciri sesuatu ruang. Ruang yang sempit mampu diubah dengan percikan warna terang serta tambahan sumber cahaya semula jadi berbanding pilihan warna gelap. Bilik luas yang mempunyai luas tidak ragu untuk mengenakan apa jua warna.
Designed by | X Two Concept
Warna tanah yang agak gelap sesuai jika dikenakan pada lantai. Manakala, pada dinding zahirkan dengan pilihan warna lebih menonjol. Ciptaan dinding tumpu dalam sesuatu ruang mampu menaikkan seri ruang tertentu.
Tips: Kanvas lukisan berona tanah berperanan menaikkan seri pada dinding putih. Posisikan di bahagian kepala katil dalam kedudukan seimbang.
Lush and Rich
Direka oleh | Pocket Square
Elemen ‘kekayaan’ adalah sifat semula jadi daripada warna tanah. Jika mahukan ruang yang ringkas dalam naungan ini, kurangkan hiasan kerana warna tanah sudah cukup ‘heavy’ dalam sebuah ruang. Bijak dalam mengolah susun atur setiap perabot untuk menjadikan bilik tidur perfect walau tanpa hiasan lain.
Bagi mengimbangi warna ini, pemilihan fabrik adalah penting. Baik dari segi jenis fabrik, corak, warna, yang mana satu paling sesuai untuk menjadi kemasan lembut. Bilik yang banyak menggunakan warna dark pigment, fabrik putih polos adalah kemasan katil yang paling ideal.
Direka oleh | Nu Infinity
Manakala pemilihan langsir juga menjadi satu perkara penting dalam kamar beradu anda. Memilih tirai nipis dalam bilik tidur mengundang kitaran angin semula jadi masuk dan keluar dengan mudah. Pemilihan langsir yang agak tebal atau lebih dikenali dengan ‘blackout curtain’ pastinya mengundang rasa lebih peribadi.
The post RR idea Bilik Tidur appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment