Sunday, October 9, 2016

RR ikon: Born To Be Artist

Kata Pablo Picasso “Every child is an artist. The problem is how to remain an artist once he grows up.” Benar tanpa kita sedar, banyak bakat muda yang tersia kerana mereka tidak menyedari bakat yang ada dalam diri.

rr_ikon_maria

Saya melihat perjalanan kehidupan Kamariatun Nahariah Kamal Baharin, 34, sebagai satu contoh pereka yang didewasakan mengembangkan jiwa seninya dengan baik sehingga menemukan kecintaannya terhadap cabang seni reka dalaman.

Anak kelahiran Johor yang menetap di Melaka ini, suatu masa dulu adalah pelajar Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka tahun 1998-1999. Minat berkarya pada seni reka bentuk membawa langkah beliau menjejak mimpi dengan memburu Diploma Interior Design di UiTM Sri Iskandar, Perak (2000-2003) sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap di UiTM Shah Alam tahun (2004-2007).

Tamat belajar pada tahun 2007, Kamariatun Nahariah atau lebih mesra dengan panggilan Maria diberi peluang bekerja sebagai Arkitek Landskap di sebuah syarikat swasta di Shah Alam sebelum menerima tawaran sebagai Interior Designer di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2007.

Mengapa memilih ID sebagai haluan kerjaya?
Saya memilih ID sebagai kerjaya kerana minat yang mendalam dan gemar berekperimentasi menghasilkan reka bentuk yang berbeza daripada kebiasaan. Walau kemana saya pergi terutamanya ketika ke Eropah saya akan perhatikan setiap perincian reka bentuk dan material yang dihasilkan oleh Pereka disana. Mereka sentiasa menghasilkan sesuatu rekaan yang segar, baru dan berbeza daripada kebiasaan tetapi praktikal.

Cabaran dan kekangan dihadapi sebagai interior designer hari ini? Bagaimana menghadapinya?
Cabaran pada hari ini adalah apabila sesiapa sahaja boleh menghasilkan rekabentuk dalaman. Semuanya hanya dihujung jari (internet). Tetapi kita mesti tahu membezakan antara Interior Designer dan Interior Decorator. Sama tapi tak serupa. ‘Interior designers may decorate, but decorators do not design’

rr_ikon_maria_project_2

Apabila berhadapan dengan klien yang terlalu banyak bahan rujukan sehinggakan tidak tahu apa sebenarnya yang mereka mahukan juga boleh menggaggu proses rekabentuk untuk disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Disinilah tugas kami untuk membaca dan menilai apa yang ada dalam kotak fikiran mereka dan menterjemahkannya dalam bentuk visual (lukisan 3D).

Aliran dan konsep gaya kegemaran Maria?
Moden with asymmetrical design. Saya gemar beraksperimentasi dengan design yang bebas dan tidak terkongkong. Tidak perlu mengikut kesamaan atau terlalu simetri kerana jika terlalu simetri kadang-kadang ianya akan kelihatan bosan. Walau bagaimanapun saya tidak menetapkan konsep gaya saya di dalam setiap rekabentuk kerana ianya juga bergantung  kepada kehendak klien. Saya akan sedaya upaya menyelami dan meletakkan diri saya di dalam diri klien untuk menghasilkan rekabentuk yang diingini oleh setiap klien.

rr_ikon_maria_project_1

Antara projek ID yang paling meninggalkan kesan dan bermakna buat Maria?
Projek ID sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur meninggalkan rekabentuk hasil tangan saya. Ketika proses rekabentuk hingga ke pembinaan berbagai dugaan berjaya saya tempuhi di tapak pembinaan dari mula hingga berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang singkat. ‘Nothing is imposible’.

Kongsikan sedikit maklumat tentang projek yang sedang dijalankan atau dalam perancangan?
Project yang sedang dijalankan adalah sebuah pusat ‘real escape room game’ di Subang Jaya dimana dari segi teknikal ianya amat sukar untuk di bina oleh kontraktor mengikut bajet yang diberikan. Walau bagaimanapun saya berjaya lakukannya.

rr_ikon_maria_project_3

Pandangan tentang perkembangan industri Interior Design di Malaysia hari ini?
Perkembangan industri Interior Design di Malaysia kini berkembang pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan yang dimiliki oleh anak muda yang kreatif dan berjiwa besar. Persaingan yang tinggi ini memberi cabaran kepada mereka untuk terus kekal dalam industri ini.

The post RR ikon: Born To Be Artist appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment