Sunday, October 2, 2016

RR Love: Elba

Tidak mustahil untuk membuat pizza di rumah, semua boleh masak pizza yang lebih menepati cita rasa sendiri berbanding membeli di luar. Tapi bagaimana?elba-pizza
Benar, kaedah memasak telah berubah dan berkembang sejak beberapa tahun belakangan ini dengan teknologi peralatan dapur yang memudahkan urusan harian serta memungkinkan seorang amatur memasak hidangan profesional. Elba adalah antara penyedia teknologi seperti ini.

Membariskan kepakarannya antara dihadapan, Elba mencipta ketuhar elektrik keluli tahan karat EEO-E6090(SS) yang direka pintar untuk menghasilkan hidangan dimasak sama rata dengan rasa yang hebat. Kapasiti ruang 60 liter boleh digunakan untuk menyediakan hidangan bagi seisi keluarga besar. Istimewanya Pizza Tray untuk membuat Homemade Pizza Crust hanya boleh didapati dalam model terpilih ini sahaja. Bertuah rasa apabila boleh memiliki alat pembuat pizza yang dapat menghasilkan crust terbaik di rumah sendiri apatah lagi jika keluarga sangat menggemari pizza.

elba-pizza-1
Didatangkan bersama ciri perolakan (convection feature) untuk menyediakan hidangan lebih cepat dan mudah serta fungsi rotisserie function untuk masakan panggang dan bakar yang lebih enak dan rasa segar.

Antara review lain yang menarik mengenai ketuhar Elba model ini ialah kelebihan lima pilihan pemanasan dan kawalan suhu 100˚C hingga 250˚C yang membantu kita mencapai keperluan dan kehendak cita rasa berbeza. Manakala elemen pemanas keluli tahan karat, reka bentuk lampu dalaman dan 60 minit pemasa menjadikan ia pilihan baik kepada pengguna. Pintu kaca dengan kemasan keluli tahan karat menyumbang kepada rupa moden ketuhar elektrik ini menjadikan ia perkakas menarik perhatian di dapur anda.

elba-ketuhar-eletrik

ELBA Stainless Steel Electric Oven juga boleh didapati dalam kapasiti 45 liter iaitu model EEO-E4590 (SS) *. Namun begitu aksesori Pizza Tray dikecualikan bagi model pilihan ini.

ELBA Headquarter
8-1, Wisma Fiamma,
No. 20, Jalan 7A/62A, Bandar Manjalara,
52200 Kuala Lumpur.
T:  +603 6279 8888
F:  +603 6279 8846
W:  www.elba.com.my

Perkhidmatan Selepas Jualan: 1 800 282 093

The post RR Love: Elba appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment