Monday, October 3, 2016

RR Love: KDK

Kalau boleh diukur sebanyak mana bakteria, gas dan bahan cemar dalam dapur setelah lama dibiarkan terkedap, barangkali kita sendiri gusar untuk berada di dalamnya. Keadaan ini berpunca daripada asap dan haba ketika memasak, serta bau sisa makanan yang tersebar di atmosfera menyebabkan kualiti udara dalaman menurun dan tidak elok untuk bernafas. Walhal sebagai tempat yang banyak digunakan oleh ahli keluarga, dapur seharusnya bebas dari udara kotor dan bau tidak menyenangkan.

kdk-kipas-dapur

Penemuan KDK dalam penghasilan teknologi kipas pengalihudara merupakan khabar gembira buat kita semua yang mahukan udara bersih dan segar dalam dapur. Kipas pengalihudara KDK 25AUFA Raku-Raku berupaya memaksa udara lama yang panas dan terperap dalam dapur keluar dan menggantikanya dengan udara segar.

Kipas ini sangat sesuai terutama untuk dapur Malaysia yang banyak memasak menggunakan api kuat serta aroma yang boleh kekal dalam ruang untuk jangka masa lama jika tidak disingkir dengan cepat. Proses memasak juga menyebabkan permukaan dapur, kabinet dapur, dinding dan lantai dilitupi gris serta kotoran. Walaupun dapur boleh dipasang dengan hud untuk menyedut keluar udara tetapi ia belum tentu mencukupi. Kipas pengalihudara dengan kuasa sedutan kuat seperti KDK 25AUFA Raku-Raku membantu mengusir udara panas yang penuh dengan asap dan minyak dengan lebih berkesan.

Print

KDK 25AUFA Raku-Raku direka dengan aluminium punching filter bersama salutan tidak melekat untuk memudahkan penyelenggaraan dan pembersihan. Kipas ini juga mempunyai oil indicator pada air container untuk menunjukkan tahap lekatan minyak, dan masa terbaik untuk pembersihan. Satu lagi berita gembira dibawa oleh Raku Raku adalah kos penggunaan tenaga yang rendah menawarkan penjimatan kepada pengguna.

KDK Fans (M) Sdn Bhd
3rd Floor, No 15, Jalan Tandang,
46050 Petaling Jaya, Selangor.
T: +603 7785 5011
F: +603 7785 2655
W: www.kdk.com.my

The post RR Love: KDK appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment