Sunday, November 20, 2016

RR Design: Chairity Project

2016 menandakan edisi ketiga ‘Chairity Project’, acara amal tahunan dikelola Cult penyedia perabot berkualiti tinggi serta khidmat pelanggan pasaran Australia. 16 para artisan terkemuka Australia diundang untuk melahirkan  semula reka bentuk kerusi ikonik ini dalam bentuk berbeza.

rr_42_chairity

Jika tahun sebelumnya Cult telah menjemput kumpulan kreatif untuk reintepret reka bentuk ikonik termasuk CH33 (1957) oleh Hans Wegner for Carl Hansen & Son dan  Series 7 (1955) oleh Arne Jacobsen for Republic of Fritz Hansen,  untuk Chairity Project tahun ini Cult menjemput 16 orang artisan dari pelbagai disiplin  merangkum seni bina dan fotografi, reka bentuk grafik dan artisan barang kemas untuk mengambil cabaran unik mentafsirkan semula kerusi Officina yang telah direka oleh Ronan dan Erwan Bouroullec for Magis dua tahun yang lalu menjadi sesesutu karya berbeza bertema Furute classic.

rr_42_chairity_mini_chair

Cult gembira mengalu-alukan kembali 10 artisan yang telah mengambil bahagian pada tahun sebelumnya antaranya bassike dan Fiona Lynch, bersama enam penyumbang baru termasuk Marsha Golemac & Dan Hocking, Elke Kramer, Mim Design, Adam Cornish, We Are Triibe dan Studio Twocan. Kepelbagaian kreatif mengambil bahagian menyumbang  kepelbagaian reinventions kerusi Officina  memeriahkan lelongan akan berlangsung 17-27 November.

Pengasas dan Pengarah Urusan Cult Richard Munao berkata “Bagi saya kerusi ini bukan sahaja melambangkan satu ikon untuk hari esok, tetapi adalah satu lambang yang hebat bagi Magis; satu jenama dalam tahun 40 ini telah memeprsonakan masyarakat kreatif dari seluruh bahagian dunia. Terkenal dengan kerja-kerja yang sofistikated, bertenaga dan reka bentuk memukau, Magis terus menawarkan produk yang mempamerkan penguasaan teknik industri dengan kelebihan sisi playful dan edge”.

rr_42_chairity_1

Ujar Pengarah Urusan Magis Alberto Perazza dalam ucapannya pula “Tahun ini Magis menyambut ulang tahun ke-40. Begitu banyak kisah selama tempoh tersebut antara individu terlibat yang berkongsi minat, mendedikasikan diri untuk Magis dan menerima cabaran bersama rakan-rakan di seluruh dunia. Terima kasih Cult kerana merintis projek ‘Chairity’ untuk menghubungkan kami dengan artis dan pereka yang mempunyai kreativiti menakjubkan. Kami amat gembira untuk melihat bagaimana setiap satu daripada 16 kerusi Officina telah dibayangkan semula semula menjadi kepingan seni yang unik”.

rr_42_chairity_chair_mirror

Setiap artisan dan pereka diberi kebebasan penuh untuk mencipta semula kerusi Officina untuk dilelong dan disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan artisan itu sendiri.

cultdesign.com.au

The post RR Design: Chairity Project appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment