ditoso Right Brain Development Centre merupakan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang terletak di Jalan Angerik Vanilla Kota Kemuning Shah Alam. Pembelajaran yang dirangka di sini menekankan pendidikan untuk mengembangkan otak kanan.
Ketika ditanya mengapa pendidikan otak kanan diberi penekanan, jelas Elyssa “Pendidikan otak kanan adalah hadiah berharga dan berkekalan yang boleh diberikan kepada anak, membantu untuk memudahkan laluannya meraih masa depan yang cerah dengan keyakinan dan kegembiraan”
Otak kanan yang dilatih dengan baik membangunkan kemahiraan dan kretiviti dalam menyelesaikan masalah, membentuk keyakinan diri, memperkuat ingatan, menajamkan fikiran, mengasah bakat selain mengajar diri untuk mempunyai rasa kasih sayang dan empati.
Menyokong perlaksanaan teras pendidikan di sini, ditoso telah direka sebagai sebuah tempat pembelajaran yang menarik. Warna ceria, kawasan pembelajaran yang selesa serta elemen kreatif menyokong usaha stimulasi mood dan minda kanak kanak apabila berada di dalamnya.
Setiap kelas kecil disertai 1-5 orang kanak kanak untuk memastikan kualiti interaksi dua hala antara guru dan murid. Ibu bapa tidak akan terlepas mengikuti perkembangan anak kerana pihak pengurusan ditoso secara konsisten menyediakan laporan kemajuan murid selain perjumpaan bersama ibu bapa setiap akhir penggal.
Ibu bapa boleh memilih antara dua bahasa pengatara untuk sesi pembelajaran anak sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin.
The post RR Design: ditoso appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment