Friday, November 18, 2016

RR Diari: Electrolux

Mesin Basuh Yang Ditunggu Pengguna Malaysia

Electrolux hari ini menjawab persoalan pengguna yang mencari produk mesin basuh yang beroperasi pada guna tenaga rendah, kitaran basuh yang cekap dan cepat untuk menjimatkan masa, mesra persekitaran tanpa menjejaskan kualiti cucian dan warna fabrik.

rr_diari_electrolux_mesin_basuh

Rangkaian baru produk mesin basuh yang didedahkan dalam majlis yang dihadiri rakan media dan rakan niaga dikenali Electrolux UltimateCare System™ front load washing machines and washer dryers.

Pengurus Besar Electrolux Malaysia  Mr Koh Soh Hoie dalam ucapannya “Mengikut kajian yang dijalankan GFK, tahun lalu peratusan jualan mesin basuh Electrolux menampakkan pertambahan peratusan sehingga  2% dalam nisbah perkongsian pasaran walaupun pasaran jualan domestik mengecil kepada 20% keseluruhan tahun tersebut” Beliau berkata Pencapaian ini adalah hasil komitmen Electrolux membangunkan mesin basuh daripada feedback langsung dari pelanggan mengenai keperluan front load washer di rumah.

“Sokongan daripada pengguna memajukan pernigaan ini secara berterusan dan membolehkan ia berkembang serta lebih mudah didapati di sekitar lokasi pengguna. Stor konsep Electrolux kini mencecah jumlah 1000 retail seluruh negara” tambahnya.

Menurut Intertek – kumpulan makmal ujian tekstil dunia, Electrolux UltimateCare System™ front load washing machines menghasilkan cucian yang lebih bersih, menggunakan suhu yang rendah untuk berfungsi, pengekalan warna yang lebih baik iaitu 31% lebih kurang pudar selepas setahun, manakala penggunaan tenaga serendah 75% dan masa putaran mesin basu yang berkurang sehingga 44%

rr_diari_electrolux_mesin_basuh_1

Untuk memastikan basuhan mencapai tahap kebersihan yang paling baik, rangkaian mesin basuh UltimateCare menggunakan teknolgi UltraMix yang dipatenkan di mana detergen dicampur ke dalam air sebelum cairan yang bercampur itu ditumpahkan ke dalam drum bagi mengaktifkan potensi basuhan sepenuhnya. Manakala Jetspray System memastikan seluruh cucian termasuk di tengah beban sesak pakaian dibasuh sekata dalam masa sama tanpa perlu menggunakan pelutur untuk menanggalkan noda.

Sementara itu, ciri Vapour Action menyingkirkan 99.9% alergen pada suhu 40ÂșC berbanding syarat pasaran 60% untuk mencapai kebersihan cucian yang sama.

Harga pasaran Electrolux UltimateCare System™ bermula pada harga RM2,999 dan boleh didapati di stor seluruh Malaysia bermula Disember  2016.

www.electrolux.com

The post RR Diari: Electrolux appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment