Bermula 2014 di Taiwan, TEKNI Furniture telah berkembang pantas kini merangkumi 10 kedai di negara tersebut, 2 kedai di Shanghai, 1 di Wuxi dan terbaru di Petaling Jaya, Malaysia. Manakala 2 kedai lagi dalam perancangan untuk dibuka di Pulau Pinang dan Johor Bahru pada masa akan datang.
Bilik pameran TEKNI mempamerkan pelbagai jenama perabot dengan rangkaian meluas. Setiap perabot dipilih teliti dari aspek kualiti pembuatan dari pereka yang terpilih.
Sebahagian daripada jenama terkenal yang terdapat di TEKNI termasuk Montis dari Belanda; Gamamoble dan KOO International dari Sepanyol, Olta dari Belgium; HC28 dari Perancis, dan housebrand mereka, TEKNI dari Taiwan. Selain perabot yang boleh diambil terus dari bilik pameran, bagaimanapun pelanggan juga boleh memilih untuk membuat pesanan khas dari negara asal perabot tersebut dengan penghantaran antara 4 hingga 5 bulan.
TEKNI Furniture adalah usahasama3 purveyors reka bentuk perabot dan pengeluar, Peter Yu, Hans Chang dan Bryan Yong. Pasukan ini bekerja keras mencari jenama rekaan perabot antarabangsa pada harga kompetitif tanpa ada kompromi terhadap elemen penting yang dikehendaki pembeli baik aspek bahan, kemasan, kualiti dan gaya rekaan.
Pengarah Urusan TEKNI Malaysia, Bryan Yong berkongsi “Selepas menghabiskan 18 tahun bekerja di salah satu pengeluar sofa terbesar di Malaysia mengutip pengalaman 13 tahun sebagai pengurus R & D dan 5 tahun lagi sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan, saya belajar bagaimana perabot seharusnya sesuai dengan pengguna dan bukan sebaliknya. Saya menemui kegembiraan apabila saya melihat pelanggan menikmati ciptaan indah”.
Di TEKNI, pelanggan boleh mendapatkan koleksi perabot dan hiasan dari harga affordable mid high sehingga eksklusif . Perkhidmatan perundingan disediakan buat pelanggan yang mungkin memerlukan bantuan membuat pilihan perabot dan nasihat menghias. Selain bilik pameran, TEKNI Furniture juga mempunyai sumber dan keupayaan untuk membat proposal projek-projek komersial seperti hotel, pejabat atau kondo, dalam atau luar negara.
The post RR Diari: Tekni Furniture appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment