Saturday, November 26, 2016

RR Fokus: 9 Gajet Jaga Rumah

Ada beberapa situasi yang biasa berlaku kepada kebanyakan orang sekurang-kurangnya sekali apabila meninggalkan rumah untuk perjalanan yang jauh. Situasi itu adalah apabila anda sudah memandu dalam jarak melebihi separuh perjalanan, namun timbul pula rasa was was dalam hati, sudahkah semua palam elektrik dimatikan sebelum meninggalkan rumah tadi? Sudahkah pintu pagar dikunci? Dalam senyap, kerisauan ini menghambarkan semangat untuk bercuti.

rr_9_gadget_rumah

Memandangkan percutian adalah acara tahunan malah rutin bulanan, gunakan 9 teknologi ini untuk menjaga rumah supaya dapat bercuit dengan tenang.

1. Kebarangkalian telupa menutup suis palam elektrik akan membuat sesiapapun gelisah. Jadi apabila teknologi kawalan lampu, kipas, pendingin hawa dan suis elektrik yang boleh dikawal dari jauh dengan teknologi telah diperkenalkan, ia adalah satu berita gembira. Selain dapat menyelamatkan rumah dari terbakar akibat lupa menutup suis seterika, ia mampu menjimatkan bil elektrik pengguna akibat pembaziran tenaga.

2. Pintu pagar hadapan adalah benteng utama menjaga rumah. Lupa kunci pagar menjadi kesalahan besar apatah lagi kalau ia pagar manual. Di pasaran hari ini, sudah ada banyak rekaan pintu pagar yang lebih menjanjikan keselamatan rumah berbanding pagar manual. Sistem pintu automatik yang biasanya didapati bentuk rekaan lipatan atau gelongsor membolehkan pintu dibuka dan ditutup menggunakan alat kawalan jauh. Pintu seperti ni biasanya tidak mudah dibuka dan menyukarkan penceroboh memecah masuk.

rr_9_gadget_rumah_thc_door

3. Teknologi rekaan kunci mangga juga semakin meyakinkan. Deadbolt locks atau dipanggil mangga selak mati memberi kawalan keselamatan yang lebih baik berbanding mangga konvensional. Mangga ini hanya boleh dibuka dengan pasangan kuncinya sahaja. Jika ia dipasang dalam papan pintu pagar lebih sukar dibuka oleh penceroboh.

rr_9_gadget_rumah_digital_lock

4. Pasang kamera litar tertutup (CCTV) yang mempunyai fungsi rakaman. Pastikan dipasang pada tempat yang tepat dan boleh merakamkan pergerakan sekitar dengan jelas samada dalam gelap pada waktu malam mahupun siang. Lihat paparan CCTV sekali sekala semasa bercuti.

rr_9_gadget_rumah_cctv

5. Kawalan alat penggera dari jauh juga membantu menjaga rumah. Sensor yang dipasang pada pintu dan tingkap akan mengesan sebarang pergerakan dan menghantar terus maklumat kepada nombor telefon yang telah disimpan dalam gadget ini. Pastikan anda memilih sistem penggera yang membolehkan anda mengaktifkannya atau mematikannya menggunakan telefon bimbit.

6. Pasang pengesan asap dan gas yang mempunyai sambungan info terus ke telefon bimbit anda. Utamakan pemasangan di kawasan yang terdedah terhadap kebarangkalian berlaku kebakaran paling tinggi seperti dapur dan bilik seterika.

7. Gunakan lampu sensor atau lampu penentu masa yang boleh ditetapkan supaya menyala pada waktu malam dan terpadam pada siang hari. Back up dengan lampu kecemasan yang akan menyala sekiranya berlaku blackout.

rr_9_gadget_rumah_smart_cctv

8. Kepintaran teknologi hari ini bukan sahaja membantu pengguna menjaga keselamatan rumah dari pencerobohan malah memastikan rumah mempunyai persekitaran sihat supaya kita dapat pulang dengan hati yang senang. Teknologi pembersih udara membolehkan pengguna membersihkan udara di rumah yang dikesan kotor meski dari jauh. Tiada lagi rasa lagi hilang mood bila pulang ke rumah yang tertutup dan berbau setelah berminggu ditinggalkan.

9. Kita mungkin menyertai rakan bercuti secara ad hoc apabila dipelawa dan meninggalkan kereta di rumah. Kereta adalah salah satu harta yang sangat menarik perhatian pencuri. Pagar kereta anda menggunakan GPS Tracker. Pastikan ia mempunyai sambungan ke telefon bimbit supaya ia dapat menghantar isyarat alarm jika kenderaan bergerak keluar atau masuk dalam ruang pagar yang ditanda.

Perancangan jenayah tanpa disangka boleh jadi lebih mengatasi andaian dan jangkaan kita. Gunakan sepenuhnya kemudahan teknologi untuk menjaga rumah sepanjang ketiadaan anda. Yakin rumah selamat untuk ditinggalkan adalah satu satu perkara penting supaya dapat mengembara dengan berlapang dada.

The post RR Fokus: 9 Gajet Jaga Rumah appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment