Wednesday, November 23, 2016

RR Fokus: Dulux Gaya Fesyen Pengaruh Warna 2017

Inspirasi bagi fashionista atau usahawan dalam dunia fesyen, aspek warna adalah perkara utama dipandang selain corak dan sebagainya. Setiap tahun Dulux colour expert akan menghasilkan warna yang dipengaruhi dan akan mempengaruhi dunia rekaan hiasan dalaman mahupun fesyen.

rr_fokus_duluxdulux_colour_1

Warna 2017 dijangka bakal didominasi oleh palet biru kelabu apabila Akzonobel memperkenalkan Denim Drift (Smoke Grey 90BG 90/073) sebagai Colour Of The Year 2017. Denim Drift (Smoke Grey 90BG 90/073) adalah warna yang bersifat mudah disuaikan dalam sebarang bentuk seni bina mahupun hiasan dalaman.

rr_fokus_dulux_3dulux_colour_3

“Kajian Seni Bina Antarabangsa, Fesyen dan Reka Bentuk trend mendedahkan bahawa biru adalah warna masa ini. Menjadikan pilihan lebih sesuai untuk rumah anda, biru yang juga sesuai untuk ruang kerja di dapur sama seperti bilik tidur,” nyata Pengarah Kreatif, Global Aesthetic Center, Heleen Van Gent.

rr_fokus_dulux_1dulux_colour_2

rr_fokus_dulux_2
New Romantism: Semangat yang sentiasa diperbaharui dan sikap prihatin pada dunia sekeliling dalam kehidupan seharian kita.

Lazimnya biru sering dikaitkan dengan elemen sempurna seperti penyembuhan, pembaharuan dan ketenangan,warna ini dipercayai akan mendominasi agenda pentas fesyen dan rekaan dalaman tahun hadapan. Bertemakan ‘Life In A New Light’ ini memberi satu suntikan baru dalam kehidupan harian. Di seluruh dunia, perkara penting adalah seperti keluarga, rakan dan keseimbangan kehidupan kerja. Fokus kali ini adalah membentuk ruang hidup kita dan membolehkan kita mengalami kehidupan dalam cahaya baru. Dulux juga mendedahkan empat sub-trend warna iaitu New Romanticism, Shared Individualism, The Working Home dan Considered Luxury semua diilhamkan oleh Colour of the Year 2017.

Warna yang dipaparkan di dalam imej di atas mungkin berbeza dari warna cat sebenar atas sebab-sebab pencahayaan dari fotografi serta percetakan. Sila rujuk kepada Dulux Colour Card di rangkaian kedai pengedar terdekat untuk rujukan warna yang lebih tepat.

The post RR Fokus: Dulux Gaya Fesyen Pengaruh Warna 2017 appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment