Wednesday, November 9, 2016

RR Tips Dapur: Papar Gambar Cara Ini

Campuran elemen seni
Jika rasa tidak cukup hanya dengan gantungan catan tetapi tidak mahu berlebihan seperti galeri painting, tambah elemen seni lain seperti ukiran topeng, objek 3d dan sculpture di sekitar gantungan cetakan gambar.

rr_tips_dapur_orion_luck
Direka oleh | Orion Luck

Pilihan bingkai dan kanvas
Boleh jadi potret nampak canggung jika digantung solo tanpa bingkai. Dalam memilih bingkai prinsip paling universal untuk dipagang adalah pilihan bingkai hitam beserta mats putih. Cara lain yang mudah adalah dengan memilih bingkai rona seakan seakan jika mahu menghidupkan persekitaran neutral. Dilindungi oleh kaca memberi kelebihan menjaga catan dan cetakan gambar dari kekotoran.

Alternatif Bingkai
Clipboards yang besar boleh dijadikan sandaran yang baik untuk memaparkan hasil seni yang sering ditukar ganti contohnya karya anak-anak. Alternatif ini mudah berbanding pilihan bingkai kaca dan kanvas. Bersemangat bukan sekali sekala mencuri pandang ke arah hasil tangan anak anak sambil memasak!

rr_tips_dapur_orion_century21
Direka oleh | Century21

Aras ketinggian gantungan
Gantung paparan lukisan pada paras mata. Mengikut teori kebanyakan galeri menggantung centre karya pada paras mata secara purata, kira-kira 57-58 inci tinggi. Imej yang dipapar terlalu tinggi atau terlalu rendah menyebabkan ia kehilangan daya tarikan dalam ruang sekaligus menyebkan ruang nampak
tidak seimbang.

Gantung dalam format grid
Menggantung gambar dalam format grid adalah cara yang baik untuk menjadikan seni sebagai satu kenyataan penting dan berfokus. Gantung secara simetri sudah tentu agak mengambil masa dan memerlukan ketekukan. Peruntukkan kira-kira 2 hingga 3 inci ruang di antara posisi setiap bingkai.

rr_tips_dapur_blog_scout
Direka oleh | blog scout and nimble

Fikir di luar kotak
Tidak hanya bersandarkan paku semata mata, ada cara lain menetapkan karya pada dinding dapur supaya nampak lebih menarik. Contohnya reben vintaj, tali gitar lama dan old marine rope, Bahan ini boleh didapati di flea market pada harga rendah. Ia menambah watak dalam dapur anda.

The post RR Tips Dapur: Papar Gambar Cara Ini appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment