Keindahan Ruang Luar
Ruang luar yang dimaksudkan boleh jadi merupakan taman di hadapan rumah atau balkoni jika anda tinggal di bangunan tinggi. Ambil kira konteks kawasan rumah dalam pertimbangan, contohnya lokasi rumah berhampiran hutan atau laut. Jika mempunyai kolam renang, kawasan tepi kolam renang juga adalah spot yang baik untuk tujuan intertaining dan masa-masa chill out bersama yang tersayang. Berikut adalah beberapa idea pereka untuk merapikan ruang luaran dan menjadikan ia tempat di mana anda boleh menikmati udara segar, cahaya matahari dan landskap yang subur.
Taman Idaman
Kebanyakan rumah walaupun hanya mempunyai bahagian kecil berhampiran anjung kereta masih membolehkan anda untuk mewujudkan sebuah taman. Pertama sekali, pastikan pintu masuk anda dilakukan dengan baik gate yang terbaik dan menarik. Jika anda mempunyai taman yang luas, tanam pokok atau bunga kegemaran. Ramai pemilik rumah di malaysia lebih suka menanam herba dan sayur-sayuran antanya daun pandan, cili padi dan aloe vera kerana tanaman ini lebih mudah tumbuh dan senang dijaga.
Labur sedikit kos untuk membeli perabot luaran tahan cuaca dan jika boleh pasang parasol atau payung besar supaya anda boleh berehat di luar rumah tidak kira pada hari cerah atau hujan. “Gaya meja dan kerusi yang di pilih mempunyai impak besar kepada rupa ruang luar. Peraboit ini seharusnya bersesuaian dengan objek hiasan dan bahan lain yang turut digunakan di sini” Kata rumah penulis home & interior, Susan Heeger.
Supaya beraduk harmoni bersama gaya rumah, sebagai contoh bagi mengekalkan gaya rustic masukkan stone clad dengan teracottta pavers dalam perancangan landskap kecil ini.
Landskap kecil di balkoni
Bagi mereka yang tinggal di pangsapuri mahukan suasana hijau seperti mempunyai taman di sekitar rumah, taman balkoni adalah konsep yang paling sesuai. Jika balkoni sangat kecil, pilih susunan tanaman berkonsep menegak. Menggunakan sedikit kreativiti, anda masih boleh mewujudkan ruang yang indah untuk berkebun dan menghias.
“Bagi mereka yang mempunyai balkoni lebih besar, ia memungkinkan anda untuk mencipta sebuang ruang rehar dilengkapi tempat duduk bagi menikmati masa lapang dengan secawan kopi dan sebuah buku”. Kata Christine Chang Hanway, Editor Remodelista.
Santai tepi kolam
Jika mempunyai kolam luar, ia adalah satu bonus kepada pemilik rumah. Kolam adalah ciri luaran indah yang menawarkan bunyi dan pmeandangan yang. Bagi mewujudkansebuah landskap sekitar kolam dengan lebih sempurnalenghkapkan ia dengan perabot pelbagai guna. Sebagai contoh, penggunaan ottoman atau poufs kalis air sebagai tempat duduk tambahan untuk parti tepi kolam.
Pasang lampu untuk mewujudkan suasana santai tepi kolam renang. “Lampu yang dipasang seharusnya mempunyai ciri boleh dimalapkan supaya anda boleh mengawal mood dan suasana sekitarnya “ kata Igor Krnajski, Naib Presiden Kanan reka bentuk dan pembinaan di Denihan Hospitality Group. “Jika anda menganjurkan makan malam istimewa tepi kolam renang, pencahayaan lembut mewujudkan persekitaran hangat dan tenang, tetapi bagi party yang meriah, lampu berwarna-warni menerangkan dan menjadikan kawasan lebih vibrant untuk berseronok!”
The post RR Tips: Kemewahan Ruang Luar appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment