Friday, December 23, 2016

BUSINESS TRAVEL, KERJA ATAU MELENCONG?

dining-straits-estates

Kuala Lumpur adalah salah satu hub perniagaan percutian termurah di rantau Asia Pasifik. Awal tahun 2016 ECA International, penyedia maklumat pengurusan dan penempatan pekerjaan dunia mendedahkan maklumat baik untuk industri perhotelan.

lobby

Bangsar South kini menjadi hub komersial yang kian berkembang maju, lokasi cukup strategi yang berhampiran KL Sentral, stesen transit aliran ringan utama yang dapat menghubungkan terus ke stesen keretapi ekspres menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

full-furnished-residence

Perjalanan menaiki kereta atau teksi dari KLIA hanya memakan masa 1 jam untuk menghantar terus ke perkarangan lobi V E Hotel and Residence Bangsar South, di lengkapi dengan 337 buah bilik mewah dan bilik suite penjuru serba lengkap berserta 90 bilik kediaman hotel yang mempunyai satu serta dua buah bilik tidur, hotel ini merupakan satu pilihan tepat bagi sesiapun yang mencari inapan ideal di tengah pembanguan pesat Kuala Lumpur.

king-deluxe-room

Jika melawat Malaysia tidak lengkap jika tidak menikmati hidangan istimewa tradisi. Pengalaman menginap dengan kehebatan gastronomi memandangkan Malaysia terkenal serta kaya dengan rencah kulinari. Menjamu selera di The Straits Estate yang diinspirasi  oleh Malaysia’s straits heritage dan rich melting pot culture, restoran makan alfreso yang terletak di podium tingkat lima menyediakan pilihan menu kegemaran tradisional dan tempatan yang enak.  Ala carte juga disediakan buat pengunjung yang mahukan pilihan hidangan antarabangsa. Private dining sesui untuk tetamu yang mahukan masa makan  yang lebih tertutup. Kedua-dua restoran dan private dining dibina menghadap central garden courtyard dengan sebuah kolam yang menambah suasana tenang. Manakala di lobi Kisosk The Deli, aroma kopi dan teh, jus segar menggoda tekak serta nafsu makan, gourmet sandwich, salad dan pastries bersama pilihan snek tradisional tempatan menarik kaki untuk singgah menikmati minum petang di sini.

pool

Amat sesuai untuk pelancong komersial dan kumpulan perniagaan, V E Bangsar South direka dengan ciri-ciri kepekaan moden dan memberi tumpuan terhadap penyediaan keperluan yang tepat seperti katil besar dan selesa, sambungan WiFi, perkhidmatan terbaik serta lokasi strategik.

grand-ballroom

Bagi mengadakan mesyuarat dan sebarang acara, V E Bangsar South terletak berdekatan Pusat Persidangan & Acara Connexion, pengurusan acara terkemuka yang mengurus kemudahan acara dan mampu menampung sehingga 2,000 peserta di mana lokasi ini boleh diakses terus dari hotel.

Selain meengendalikan urusan perniagaan di sini, luangkan sedikit masa untuk meneroka kawasan berdekatan seperti Petaling street Chinatown, Mid Valley dan Gardens Mall untuk membeli belah, atau melawati tempat menarik sekitarnya seperti Bricfields Little India, Taman Burung KL, Muzium Kesenian Islam dan Taman Tasik Botani. Sambil menyelam minum air, jadikan pelaburan masa dan kos menginap di hotel empat ini bintang lebih berbaloi!

www.vehotel.com
 

The post BUSINESS TRAVEL, KERJA ATAU MELENCONG? appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment