Tuesday, June 28, 2016

6 Jenama Langsir Terpilih

1) ACACIA

acacia

Dikenali sebagai purveyors Fine Fabrics sejak awal penubuhannya di rantau ini, Acacia telah membawa lebih daripada 400 koleksi kain tenunan ke seluruh Asia termasuk Malaysia. Sentiasa mengikuti rekaan dan trend terkini, tiga jenama utama di bawah Acacia Fabrics termasuk Acacia, Estelle dan FR One. Koleksi yang luas membolehkan pelanggan meneroka pelbagai gaya hiasan tingkap.
http://ift.tt/1QNqL1B

2) ELYZA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Elyza memang terkenal sebagai pakar hiasan tingkap, pembekal utama fabrik halus dan produk window dressing. Design fabrik Elyza merangkumi pelbagai gaya dari country look, klasik sehingga moden kontemporari dan chic, kesemuanya dijamin menambah gaya ke dalam ruang dan kediaman.
www.elyza.com

joyfurnitureads

3) CURTAIN PLACE

Beijing, China --- Family doing pillow fighting --- Image by © Lane Oatey/Blue Jean Images/Corbis

Curtain Place menyediakan rangkaian fabrik berkualiti dengan pilihan warna, tekstur, yang telah direka teliti dan dipilih sesuai untuk memenuhi kehendak pengguna akhir dan pilihan pereka. Walk in ke dalam showroom Curtain Place untuk meneliti setiap koleksi secara lebih dekat. Konsultan jualan dilantik sentiasa terbuka dan bersedia membantu setiap pelanggan membuat pilihan terbaik.
http://ift.tt/293GhtX

4) SEW & SOUL AKEMI UCHI

sew-n-soul-akemi-uchi

Tambah sentuhan peribadi dalam kediaman dengan pilihan fabrik langsir dari Akemi Uchi. Sew & Soul oleh Akemi Uchi telah direka untuk merealisasikan idea setiap orang mencipta ruang idaman dengan fabrik paling sesuai. Sew & Soul oleh Akemi Uchi ini didatangkan dalam pelbagai pilihan warna. Jika pelanggan tidak dapat mencari warna yang dikehendaki, Sew & Soul juga menerima permintaan customade. Gaya jahitan berbeza, grommet tops dan tekstur, menjadikan tingkap sempurna dan memenuhi cita rasa anda.
http://ift.tt/1QNqL1J

5) HOME’S HARMONY

outline

Membekalkan fabrik linen di seluruh negara sejak pertengahan 1990-an dan kini mempunyai lebih 17 retail di Malaysia, fabrik kemasan tingkap dari Home’s Harmony memberi sentuhan mempesona dalam kediaman. Berbangga menjadi satu pusat perhentian lengkap untuk mencari kemasan rumah, kedai utama Home’s Harmony di One Utama Shopping Centre merangkumi lebih daripada 13,000 kaki persegi menyediakan begitu banyak fabrik indah untuk dipilih.
http://ift.tt/Pn6tUt

6) NAGOYA TEXTILES

Nagoya_Curtain

Nagoya textiles satu pusat membeli belah fabrik yang tidak asing lagi di Malaysia. Rangkaian produk yang luas memudahkan pelanggan mencari segalanya berkaitan kemasan lembut di sini. Nagoya turut menyediakan perkhidmatan pemasangan seperti railing, metal rod dan roman blinds. Untuk keterangan lanjut hubungi Nagoya melalui:
enquiry@nagoyatextiles.com.my

The post 6 Jenama Langsir Terpilih appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment