Sebagai satu langkah sokongan padu terhadap amalan gaya hidup berteraskan mesra alam, Coco Floor mencipta barisan rekaan pintu yang direka menggunakan kayu tanaman atau kayu kitar semula bagi mengurangkan penggunaan kayu pepejal untuk mereka bentuk pintu cara konvensional. Coco Floor turut menggunakan paper honeycomb bagi kegunaan pakai buang untuk pengisian bahagian dalaman dan MDF sebagai sokongan tambahan.
Dengan purata kapasiti pengeluaran 5000 unit pintu sebulan, Coco Floor menyediakan pelbagai pilihan warna indah untuk setiap rekaan dalam 10 siri merangkumi siri Premium, Moden Elegant, Modern Contemporary, Original, Coco Extra, Aluminium Lining & V-Groove, Compact Laminate Door, Flat, HDF Siries, Linea Smooth SERIES, DAN Moulded Panel Series. Modern Elegan yang mempunyai corak dan garis-garis halus misalnya boleh didapati dalam warna dark walnut, maple, matt white dan golden walnut.
Reka bentuk inovatif pintu Coco mempunyai kemasan permukaan rustik, cetakan permukaan bercorak venir timbul memberi kesan visual realistik berpanjangan. Barisan rekaan pintu mesra alam Coco Floor boleh dipasang ke dalam mana-mana ruang rumah, pejabat, butik, mahupun struktur hospitaliti seperti hotel, resort dan spa tanpa menjejaskan kesihatan pengguna. Kualiti premium dan pelbagai gaya bercampur dengan harmoni mewujudkan persekitaran selesa dalam setiap ruang.
City Ambience Marketing Sdn Bhd
No. 7 Lorong Batu Nilam 1A,
Bandar Bukit Tinggi 1
41200 Klang, Selangor
T +603 3319 8322/23
F +603 3319 8323
E: cocofloor.klang@gmail.com
W: http://ift.tt/1QUkrtt
The post Lantai Dan Pintu Mesra Alam appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment