Monday, June 27, 2016

Olahan Moden by Pattern Studio

pattern-studio-living-kitchen

Seni bina Semi D Neo ini direka berasaskan pelan lantai terbuka. Pelan lantai terpisah menjadi dua ruang berbeza iaitu ruang tamu dan ruang makan. Kedua ruang dibentuk di bawah siling lepa bercirikan elemen moden dengan sumber pencahayaan dari lampu sorot dan lampu kalimantang pada siling.

Sofa moden coklat berbentuk U dari kulit beserta meja kopi kuboid membentuk bulatan perbualan lebih santai di ruang tamu. Kipas digantung di tengah siling lepa sebagai pelengkap ruang ser ta peredaran udara yang seimbang di dalam ruang. Susun atur yang sama diaplikasikan ke dalam ruang makan.

Enam kerusi mengelilingi meja makan menyempurnakan ruang sambut tetamu. Bingkai gambar pada dinding di antara dua ruang menjadi satu hiasan dinding dan tarikan visual dalam ruang terbuka yang ringkas. Pemilihan tirai juga dititik beratkan dalam ruang kediaman ini roller blind jadi pilihan untuk menapis sinaran UV terus ke dalam ruang yang mampu memudarkan k 080 elengkapan sedia ada.

Aturan rekaan moden diaplikasikan secara tertib ke dalam reka bentuk ruang dapur basah. Kabinet asas di reka dalam bentuk U manakala kabinet dinding pada sisi bahagian memberi tambahan ruang simpanan yang mencukupi. Konsep moden paling tepat untuk saiz ruang dapur terhad ini. Manakala dapur kering pula dilengkapi dengan kabinet asas berbentuk L, kabinet dinding dan kabinet tinggi dipasang sepanjang dinding.

pattern-studio-kitchen

Kabinet dapur dengan kemasan putih menguatkan prinsip moden dalam ruang dapur kering. Tiga buah kerusi tinggi melengkapi meja pulau, terletak rapi di bawah lekapan lampu gantung moden berbentuk gelas menepati konsep moden yang diketengahkan.

buenos-ads

Dalam usaha memasukkan dekorasi untuk memberi nilai tambah dalam sentuhan seni rumah moden ini sudut ruang tidak dibiarkan kosong. Piano vertikal konsol dengan kerusi lengkap di tepi pintu kaca sorong mencipta suasana segar santai sambil bermain dengan alunan muzik pilihan. Tanpa tirai menghias pintu kaca sorong ini memberi pemandangan yang lebih luas untuk menikmati taman segar dengan set kerusi dan meja taman serba melengkapi.

pattern-studio-piano

Menginjak kaki ke kamar tidur utama, katil bersaiz king menjadi titik fokal asas dengan bahan binaan daripada bahan kayu siap pasang. Katil berukuran sebegini sangat ideal untuk konsep moden kerana terdapat ruang penyimpanan tambahan untuk menyembunyikan barang peribadi. Lekapan kepala katil dari PVC dirapatkan sepanjang dinding tumpu bilik tidur ini manakala posisi katil di tengah ruang memberi keseimbangan dan keselesaan ruang.

pattern-studio-master-room

Menghias kamar anak perempuan satu perkara mengujakan, pelbagai pilihan dan gaya jadi impian. Langsir pelmet atau kepala langsir dengan fabrik berjalur dan kemasan renda merah jambu, menebar rasa manis dalam persekitaran kamar tidur  anak gadis. Fabrik kapas jadi pilihan untuk bantal dan gebar merah jambu menjaga tidur malam sang puteri supaya selesa dan santai.

pattern-studio-girl-room

Dalam satu kamar tidur lagi, katil bujang ringkas berfabrik putih dengan tambahan beg kacang gaya santai. Langsir kelabu polos memainkan peranan penting dalam simbahan dominasi putih. Ruang belajar terletak pada sudut bilik dengan dilengkapi meja panjang boleh memuatkan dua unit kerusi kerja berjaring dalam kedudukan praktikal untuk suasana mengulangkaji dan kerja ergonomik. Kreatif dan dwifungsi, kabinet dinding dan kabinet tinggi dijadikan papan putih. Sumber pencahayaan lampu sorot, kipas, penyaman udara menjamin rasa selesa berterusan dalam kamar moden ini.

http://ift.tt/2947U9z

The post Olahan Moden by Pattern Studio appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment