Tuesday, July 19, 2016

Keajaiban Urusara 7

rr-daikin

Urusara 7 meletakkan kemajuan terkini teknologi penghawa dingin Jepun di hujung jari pengguna. Ciri-ciri seperti peredaran aliran udara baru yang yang super selesa manakala teknologi streamer  pula berkesan membersihkan udara. Kecemerlangan reka bentuk ini merangkumi unit dalaman  sleek yang telah memenangi anugerah.

Urusara 7 merupakan inverter penghawa dingin pertama dunia menggunakan R-32 refrigerant  yang menyediakan kecekapan tenaga luar biasa. Berbanding dengan model non-inverter, urusara 7 mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 58%. Ini membantu untuk mengurangkan bil elektrik bagi pengguna dan juga mengurangkan pengeluaran CO2 yang disebabkan oleh penjanaan kuasa.

rr-daikin-1

Dengan urusara 7, pengguna juga boleh mengawal kelembapan dalaman terus dari alat kawalan jauh tanpa wayar. Walaupun pada suhu yang ditetapkan yang agak tinggi, memilih pengeringan masih membolehkan anda berasa sejuk, membantu untuk menjimatkan tenaga pada masa yang sama. Selain itu, teknologi streamer juga  memastikan persekitaran dalaman yang lebih baik. Streamer menguraikan bakteria dengan kulapuk terjerap pada turas dengan penyinaran daripada plasma nyahcas elektrik.

rr-daikin-2

Diilhamkan oleh kipas lipat  “Ogi” Jepun,  urusara 7 dikagumi kerana reka bentuk inovatif yang menampilkan mekanisme Coanda flap, berfungsi mengubah aliran udara untuk mewujudkan persekitaran dalaman yang menyenangkan. Pada tahun 2013, urusawa 7 menerima anugerah berprestij Red Dot Award: Product Design 2013 daripada Zentrum Nordrhein Westfalen di Essen, Jerman.

Group Associated (C&L) Sdn Bhd
Lot 9, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200,
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
General Line: +603 7953 8388
Warranty Service Line: 1300-88-9675
F: +603 7956 4371
E: www.daikin.com.my

The post Keajaiban Urusara 7 appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment