Saturday, July 23, 2016

RR Design: New York Chic

Perkara yang menjadi prioriti apabila mereka bentuk apartmen ini adalah untuk mengutamakan pemandangan yang menakjubkan ke arah Sungai Seine dan Menara Eiffel manakala ruang tamu, dapur pelan terbuka dan ruang makan perlu direka dengan memanfaatkan pemandangan latar langit di Paris. Untuk dekorasi dalaman secara kesleuruhan Stephanie menggunakan garis-garis sempurna dengan material terbaik, warna-warna neutral dan aksesori-aksesori artistik.

new-york-stephanie-coutas-3

“Saya cuba untuk membina ‘Pied à terre’ ini seberapa selesa, bergaya, juga seperti suit hotel yang kasual – atmosfera spektakular di sekitarnya begitu nyaman dan menakjubkan. Apabila mereka melihat keluar rumah, segalanya begitu menyenangkan. Mereka gembira kerana mereka pernah tinggal di salah satu Hotel Avenue Georges V dan memberitahu bahawa mereka merasakan perasaan yang sama terhadap apartmen ini”, kata Stephanie menjelaskan tentang proses yang dilalui dan hasilnya setelah menyiapkan rekabentuk dalaman apartment ini.

new-york-stephanie-coutas-4

Pelbagai bahan-bahan yang berbeza dan reka bentuk objek dari pelbagai tukang-tukang digunakan untuk hiasan dalaman. Antaranya ialah elemen dekorasi oleh Bull & Stein iaitu pear biru, epal biru,merah dan emas, Doriana & Massimiliano Fuksas, Christophe Fey, Jonathan Adler, dan material serta produk daripada ramai lagi artis dan artisan hebat-hebat. Beliau juga menggunakan bahan-bahan eksklusif seperti marmar dari French Marbrerie de la Seine pada lantai ruangan masuk, koridor dan bilik air. Selain itu, gantungan lukisan dua artis, Marcel Berlanger dari Nicolas Silin Galerie yang diletakkan di ruang makan dan fotografi Bruno Collin  di bilik tidur utama. Malah, beberapa reka bentuk telah direka oleh beliau secara eksklusif untuk projek ini, seperti lampu siling di ruang tamu dan meja makan di ruang makan.

Cabarannya adalah apabila tiba untuk mendekorasi laluan masuk yang besar dan gelap. Stephanie memilih untuk menggunakan cermin niche, dan panel dari kulit bagi menambah banyak cahaya serta memilih lantai marmar hitam dan putih dengan idea seperti pembinaan Menara Eiffel. Ternyata ianya berfungsi. Sementara itu laluan koridor pula diterangkan dengan lampu spotlight daripada Delux.

new-york-stephanie-coutas-2

Ruang tamu pula mendapat sentuhan dekorasi yang harmoni. Pasu berwarna coklat, rak, hiasan epal biru dan merah, kerusi, meja kopi, sofa dan dekorasi lain segalanya diadunkan dengan bergaya. Di ruang makan dekorasi ringkas dengan item-item polos seperti kerusi dan meja makan, bangku metal, langsir, konsol, diserikan dengan hiasan artwork Marcel Berlanger, apel biru dan sepasu bunga dan lampu siling. Manakala bahagian dapur dilengkapi dengan unit dapur,kabinet, rak, skrin serta keperluan asas dapur seperti botol, pinggan, mangkuk dan gelas yang datang daripada pelbagai warna.

new-york-stephanie-coutas

Melangkah ke dalam bilik tidur utama, dinding berpanel yang bertona beige mencipta nuansa aman, serasi dengan katil dalam nada yang sama. Lampu Foscarini digunakan sebagai lampu hiasan sementara langsir nipis digunakan untuk membenarkan pencahayaan semulajadi terbias dengan lembut pada siang hari.

new-york-stephanie-coutas-1

Lampu dinding, unit sinki, shower, dan radiator tuala daripada David B, lantai dan panel marmar dari Marberie de La Seine, dilengkapi pula dengan cermin dari Missoni adalah kombinasi yang berjaya mencipta sebuah bilik air yang padu dan sofistikated.

http://ift.tt/2akKkpT

The post RR Design: New York Chic appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment