Thursday, July 28, 2016

RR Destinasi: Syurga Persinggahan Di Selat Melaka

Terletak 90 minit di Selatan Ibu Negara, Sepang adalah destinasi sesuai melarikan diri dari kesibukan bandaraya Kuala Lumpur. Landskap ladang, paya bakau, tanah lembap yang subur, dan juga kampung-kampung nelayan mencuri hati.

AVANI_Sepang_Exterior

Merangkumi sepanjang 22 kilometer dari pantai Sepang, AVANI Sepang Goldcoast Resort menyediakan 315 bilik tetamu yang direka berkonsep Polynesian contemporary, berbentuk palma. Salah satu pilihan bilik ditawarkan adalah Superior Room, sebuah bilik luas dan selesa dengan ruang balkoni dilengkapi meja dan dua kerusi mengundang tetamu untuk bersantai di luar teres ini.

AVANI_Sepang_Three_Bedroom_Villa_Master Bedroom

Jika bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan, tetamu boleh membuat pilihan sama ada Family Villa, Two Bedroom Villa dan Three Bedroom Vila. Family Villa direka untuk keselesan percutian keluarga dengan dua bilik tidur villa serta pemandangan ke arah laut. Menariknya dari ruang balkoni penginap dapat menikmati matahari terbenam sebagai kenangan terindah bercuti di sini.

AVANI_Sepang_Royal_Villa_King_Bedroom

Selain Family villa, satu lagi pilihan penginapan untuk percutian berkumpulan adalahTwo Bedroom Villa. Dua bilik tidur ini boleh memasukkan lima orang tetamu. Keselesaan tetamu yang bertandang di AVANI Resort ini amat dijaga dengan baik bagi kepuasaan dalam penginapan yang ditawarkan.

AVANI_Sepang_Superior_Room

AVANI_Sepang_Royal_Villa_Master_Bathroom

Sementara itu, Three Bedroom Villa berada di hujung water palm fronds,  menginap di sini terasa bagaikan memenuhi segala keinginan. Berjalan ke arah dek dan berjemur di atas loungers sambil  melihat panorama matahari terbenam.

AVANI_Sepang_Royal_Villa_Balcony

AVANI Sepang Goldcoast Resort mempunyai lima restoran pilihan menjamu selera termasuk kafe minimalis Sepoi-Sepoi, tempat hebat untuk bersantai dan menikmati cita rasa tempatan autentik. Berehat di kafe gaya cabana dengan reka bentuk inspirasi alami di bawah rekaan bumbung jerami juga shell candelier berayun disapa angin laut. Singgah untuk minum kopi, atau makan tengah hari, snek petang dan makan malam.  Menu Malaysia-Chinese menawarkan pelbagai santapan tradisional dan hidangan ringkas serta lazat.

AVANI_Sepang_All_Day_Dining_Restaurant_Bila-Bila

Manakala, Restoran Bila-Bila terletak di tepi kolam dan Club House. Boleh memilih untuk bersantai menikmati angin laut di dek luar, atau keselesaan berhawa dingin di bahagian dalam.  A la carte atau makan secara buffet  dengan cita rasa tempatan dan kegemaran antarabangsa.

AVANI_Sepang_Chinese Restaurant

Jika mahu hidangan tradisi cina, cuba dim sum basket atau menu istimewa iaitu masakan Kantonis dan Sichuan yang ditawarkan di restoran  Hai Sang Lou. Setiap hidangan dibuat dari bahan-bahan segar terbaik.

Sementara itu, restoran Perahu menawarkan pengalaman menikmati hidangan barbeku gaya Melayu dengan perapan tradisional tempatan yang hebat, makanan laut dipanggang dibalut dengan daun pisang mampu menarik perhatian pelacong luar negara yang menginap di sini. Dalam keasyikan menikmati hidangan makan malam sambal melihat matahari terbenam melalaikan penginap untuk berada di sini lebih lama. Malam masih muda untuk pulang ke bilik, pengujung dihiburkan dengan live band dengan persembahan yang pastinya menghiburkan.

AVANI Sepang Goldcoast juga menawarkan pakej ruang ideal untuk pertemuan dan kongres perniagaan, serta acara sosial dan perkahwinan. Lapan bilik mesyuarat menawarkan susun atur ruang duduk flesibel, The Palm Ballroom boleh menyambut 600 tetamu, manakala The Grand Ballroom pula boleh menjadi tuan rumah kepada 1400 tetamu.

AVANI Sepang Goldcoast Resort adalah destinasi percutian yang memiliki daya tarikan unik dalam suasana menakjubkan.

http://ift.tt/2afRLKo

The post RR Destinasi: Syurga Persinggahan Di Selat Melaka appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment