The Canteen merupakan restoran ketiga Chef Adu Amran dan yang pertama di Kuala Lumpur, sebelum ini beliau membuka restoran di Kota London dan Langkawi yang diberi nama Champor- Champor. Restoran The Canteen ini terletak di Muzium Tekstil Negara berhampiran Dataran Merdeka, ia merupakan lokasi makan-makan yang tenang untuk melarikan diri dari hiruk-pikuk bandar.
Kecintaan juri Masterchef Malaysia pada seni kulinari digambarkan melalui dekorasi interior dan seni makanan yang dihasilkan di cafe ini. Dari grand African draperies, decorative ancient figures serta perabot dan deko vintaj menonjolkan persekitaran makan kasual dalam kafe. Bukan sekadar menyediakan dekorasi menarik semata mata, hidangan adalah tarikan utama.
Menyediakan menu yang unik untuk pasaran Malaysia, gabungan resipi keluarga Chef Adu sendiri serta pengaruh resipi British, sesiapa sahaja yang singgah makan di sini dapat menikmati citarasa tempatan autentik bersama variasi eksotik dan menarik dalam pilihan hidangan Asia.
Hidangan popular Laksa Johor pasti memenuhi selera sesiapa sahaja yang menggemari menu Selatan ini, malah dapat memnuhi selera orang Johor sejati. Dihidang bersama sambal pedas dengan sedikit rasa manis melengkapi hidangan lain sempurna. Tidak ketinggalan dalam senarai hidangan kegemaran orang Malaysia iaitu Nasi Lemak dan Mee Bandung.
Tortilla Roti Canai termasuk dalam menu mesti cuba jika singgah di sini. Dipenuhi dengan cheddar dan mozzarella cheese, dipanggang dengan sempurna, keju yang meleleh keluar menggoda selera. Lazat roti canai ini dan tidak mengejutkan bila Chef Adu mengatakan bahawa ia adalah satu menu hit di restorannya yang lain di London dan Langkawi.
Turut menawarkan pilihan hidangan lebih ringan, pengunjung juga akan mendapati pelbagai pilihan salad pada menu, dari Salad Nasi Kerabu, Quinoa dan Grilled Vegetable Salad dan Rojak. Elemen salad ala Barat digandingkan bersama dressing dan garnisshing beraroma Asia, menjadikan seleksi salad ini hidangan yang menarik, sihat dan berperisa.
Tidak lengkap menu utama tanpa pencuci mulut. Antara yang terkenal di sini adalah Smoked Banana Brownies yang sempurna dibakar dan enak tidak akan ditemui pada mana mana resipi brownies lain di luar. Pilihan kek juga boleh didapati dalam display fridge seperti Black Sesame Roll dan Red Bean dan Sirap Bandung Cake.
The post RR Makan-Makan: The Canteen appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment