Wednesday, July 20, 2016

RR Selebriti: Banglo Aqua Idaman Pandelela

rr-selebriti-pandelela-rinong-1

Pada usia semuda 14 tahun, Pandelela Rinong Anak Pamg, 23 meninggalkan keluarga dan kampung halamannya di Kampung Jugan Bau Sarawak demi mengejar cita cita sebagai penyelam berjaya. Anak bidayuh yang senang dengan nama samaran Lulu g-dolphine ini kini tinggal di National Sport Council’s hostel di Kompleks Sukan Negara. Ayuh selami hati anak muda ini, bagaimana pengalaman tinggal jauh dari keluarga dan pandangan tentang rumah idaman.

Kongsikan  perkembangan kehidupan harian dan kerjaya anda bersama peminat dan pembaca Rrenovation?
Sekarang saya sedang menjalani latihan di China sebagai persediaan untuk 2016 Rio Olympics. Pengajian saya di Universiti Malaysia Tertangguh 1 semester untuk memberi tumpuan kepada Sukan Olimpik.

Bagaimana kehidupan tinggal di Hostel?
Semuanya baik sahaja. Walaupun ia tidak luas tetapi jarak ke tempat latihan saya hanya jarak berjalan kaki dan agak mudah. Saya juga boleh bertemu dan bergaul dengan rakan-rakan atlet yang tinggal di sana.

Rindu keluarga?
Sudah tentu. Telah sekian lama sejak saya jauh dari mereka. Namun meski jauh, sokongan mereka sentiasa membuatkan saya sentiasa rasa dekat dengan mereka.

Tinggal sendiri vs tinggal bersama keluarga, mana pilihan anda?
Jika berpeluang, saya memilih untuk tinggal dengan keluarga kerana mahu mengganti masa yang berlalu tanpa mereka disisi. Tetapi sudah tentu walaupun tinggal bersama keluarga, saya mahu mempunyai ruang saya sendiri sebagai sanctuari peribadi dan melakukan apa yang saya suka.

Jenis kediaman impian?
Saya ingin memiliki sebuah banglo kerana ia adalah rumah impian sejak saya masih kecil. Yang penting saya mahu bilik tidur dan bilik mandi yang luas,  kolam di dalam rumah dan bertentangan bilik tidur serta dipisahkan dengan pintu telus dan perlu ada gallery room untuk mempamerkan pingat, trofi, dan competition outfits saya.

Apakah konsep rumah kegemaran anda?
Konsep rekaan dalaman kegemaran saya adalah konsep moden dengan bilik yang luas dan lapang. Saya lebih suka less wall dengan pintu bersifat telus dan perabot yang bukan daripada produk kayu walaupun ia kelihatan sangat klasik dan elegan kerana saya adalah individu yang sangat prihatin kepada pemeliharaan bumi. Dan yang paling penting, tema aqua dengan kebanyakannya dinding dicat biru adalah karakter yang perlu ada di dalam rumah saya.

Ruang kegemaran di dalam rumah?
Tempat kegemaran saya di rumah yang akan menjadi bilik tidur dan bilik mandi. Kerana saya biasanya menghabiskan masa saya di dalam bilik tidur dan bilik mandi adalah di mana saya biasanya rendam diri saya dalam tab mandi sambil bersantai dan menonton filem.

rr-selebriti-pandelela-rinong-1

Perkara pertama dilakukan setiap kali bangun pagi?
Buka mata. Hahaha just joking. Minum air kosong setiap pagi.

Melalui jadual harian yang sibuk, bagaimana anda berehat?
Hidup saya sentiasa sibuk dengan latihan dan travelling untuk pertandingan, dan juga belajar. Jadi saya berehat dengan mengambil tidur tambahan apabila ada peluang dan kebanyakan masa lapang saya memilih untuk berehat di bilik tidur.

Bagaimana anda memotivasikan diri untuk sentiasa bersemangat dan bekerja kuat?
Motivasi adalah sumber semangat untuk terus menyelam. Oleh itu, saya sentiasa mencari kekuatan dan motivasi saya dalam doa kepada Tuhan. Selain daripada itu, sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersama mereka yang mempunyai impian yang sama seperti anda.

The post RR Selebriti: Banglo Aqua Idaman Pandelela appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment