BMS Organics hari ini melancarkan kempen komuniti pemakanan sihatnya “Green Monday” bersama-sama menu sayur-sayuran terkini untuk menggalakkan rakyat Malaysia menghargai sajian hijau dan organik supaya kekal sihat.
Berlangsung di kedai BMS Organics di Mid Valley, kempen ini tepat pada masanya untuk mencipta kesedaran bagi mengekalkan kesihatan yang baik dalam usaha menyokong kempen kesihatan global yang bakal menjelang seperti Hari Jantung Sedunia, Hari Strok Sedunia, Pink October, Hari Kesihatan Mental Sedunia dan lain-lain – semuanya berkaitan dengan isu kesihatan yang boleh ditangani menerusi pemakanan sihat.
CEO BMS Organics Terry Lee mengingatkan bahawa obesiti dan penyakit kardiovaskular semakin meningkat di negara ini. Masalah kesihatan yang paling lazim di negara ini ialah penyakit jantung dan penyakit berkaitan kolesterol, dan strok – yang menggambarkan masalah gaya hidup misalnya pemakanan tidak seimbang, tabiat pemakanan yang tidak baik, tekanan, kurang bersenam dan sebagainya. Kebanyakan rakyat Malaysia kebiasaannya makan terlalu banyak dan kurang bersenam.
Penyakit kardiovaskular terus menjadi punca utama kematian di hospital kementerian kesihatan di Malaysia. Malah, penyakit jantung merupakan pembunuh No.1 di negara ini selama tiga dekad yang lalu. Dianggarkan kira-kira 600,000 orang meninggal dunia akibat penyakit jantung di AS setiap tahun, mengambil 1 bagi setiap 4 kematian, dengan penyakit jantung koronari sebagai pembunuh paling biasa, merangkumi lebih daripada 385,000 kematian setiap tahun.
Kes kanser di Malaysia meningkat daripada 32,000 kes baru pada tahun 2008 kepada 37,400 pada tahun 2012. Bilangan ini dijangka meningkat kepada 56,932 menjelang tahun 2025 sekiranya tiada tindakan diambil. Berdasarkan statistik oleh Globoscan 2012, kes kanser di seluruh dunia dijangka akan meningkat sebanyak 75% dan mencecah hampir 25 juta bagi tempoh dua dekad akan datang. Menjelang tahun 2030, negara-negara membangun terpaksa berhadapan dengan anggaran 21.4 juta kes kanser yang baru setiap tahun.
Kematian akibat kanser mencatatkan 20,100 kes pada tahun 2008 dan meningkat kepada 21,700 kematian pada tahun 2012, menurut International Agency for Research on Cancer (IARC) Globocan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pemakanan yang sihat dan seimbang semakin penting sebagai sebahagian daripada usaha mengekalkan gaya hidup yang sihat. Bagaimanapun, di Malaysia yang terdapat pelbagai makanan yang enak, ia satu cabaran untuk menikmati makanan menyihatkan – yang mendorong kepada tabiat pemakanan yang tidak sihat sekali gus mencetuskan masalah kesihatan kardiovaskular.
“Mengurangkan daging dan melebihkan pengambilan sayur-sayuran, dan dalam sajian yang betul merupakan satu permulaan yang baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Makan lebih banyak sayur-sayuran bukanlah satu keputusan yang sukar atau mencabar tetapi apabila anda menyedari kepentingannya, anda harus mencuba gaya hidup organik perlahan-lahan bersesuaian dengan kehidupan anda – mulakan dengan makanan anda.
“Ramai yang beranggapan hidangan organik atau apa saja yang berbentuk organik ‘semestinya tidak enak’ disebabkan persepsi biasa bahawa makanan sihat memang tidak menyelerakan. Ia ternyata tidak benar kerana kebanyakan hidangan sayur atau berasaskan bahan organik boleh dihasilkan dengan lazat,” kata Terry.
Sehubungan itu – menu sayur-sayuran BMS yang semuanya terkini dilancarkan hari ini ala satu “pertunjukan fesyen” dengan model berpakaian sukan yang memperagakan gabungan baru rasa, bahan-bahan, cara penyediaan dan persembahan. Ini bagi menarik perhatian rakyat Malaysia menikmati hidangan sayur-sayuran dengan cara yang lebih menyelerakan, berwarna-warni, menarik dan bergaya.
Menu baru tersebut untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam, snek dan hidangan kanak-kanak menyediakan jumlah keperluan khasiat yang sesuai dan tepat untuk pemakanan sihat sepanjang hari. Terdapat lebih daripada 60 sajian pada menu kini, dengan kebanyakannya sama ada diperbaharui atau konsep baru sepenuhnya. Hidangan berwarna-warni dan menarik seperti Summer Grain Quinoa, Salad Organik Harvest, Fruity Nutty French Toast, Buah Naga Yogurt Segar, Nasi Organik 8-Vege, Lei-Cha Delights, Kari Organik yang pastinya akan menarik perhatian pengunjung dan menikmati hidangan mereka.
Pengunjung boleh merasai menu sayur-sayuran baru ini di semua 19 restoran BMS di seluruh Lembah Klang. BMS bakal membuka 5 restoran vegetarian seumpamanya menjelang akhir tahun ini.
Untuk terus menggalakkan orang ramai menikmati makanan sihat – sekurang-kurangnya satu ‘kemestian’ untuk 1 hari dalam seminggu — BMS Organics melancarkan kempen “Green Monday” iaitu apabila anda menikmati hidangan sayur-sayuran pada hari Isnin, anda boleh menikmati hidangan kedua secara percuma. Untuk ahli, mereka akan menerima mata berganda apabila membeli produk pada hari Isnin.
Selain keistimewaan pada hari Isnin, BMS Organics turut menyediakan insentif tambahan mulai Ogos hingga Disember untuk menyokong pelbagai kempen kesihatan di peringkat antarabangsa. BMS Organics akan mengadakan ‘promosi hijau’ pada hari kesihatan antarabangsa untuk menandakan sokongan mereka kepada kesihatan global.
Pakar pemakanan BMS Organics Tan Sau Pei menjelaskan manfaat menikmati sayur- sayuran dan memberikan pandangan mengenai khasiat pada menu baru tersebut. Perkongsian itu banyak membuka mata apabila Tan menyentuh beberapa topik melibatkan pemakanan sayur-sayuran yang memberi manfaat untuk menangani masalah kesihatan gaya hidup moden seperti kanser, penyakit kardiovaskular, dan strok. Tan turut berkongsi penemuan unik misalnya bagaimana makanan / menu sayur-sayuran boleh membantu mencipta perkembangan otak dan kesihatan mental yang lebih baik, dan sesetengahnya boleh menenangkan / mempertingkatkan mood dan jiwa.
Terdapat pelbagai rangkaian produk yang baik untuk menangani masalah kesihatan/penyakit di semua 42 kedai BMS Organics. Antaranya ialah O’ Forest Soylac, Biogreen Green Balance, Biogreen BG 100 Oat Bran Powder, dan lain-lain.
Beberapa fakta lain…..
Menurut kajian pada tahun 2013 oleh jurnal perubatan UK, Lancet, kadar obesiti di Malaysia merupakan yang paling tinggi dalam kalangan negara Asia. Berbanding kadar global sekitar 30%, hampir 45% lelaki Malaysia dan 49% wanita Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obes.
Menurut Puan Ainalida Mohamad Jamil, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat IJN, terdapat lebih daripada 2.2 juta pesakit luar & 238,453 kes pesakit di IJN dalam tempoh 22 tahun. Malangnya, statistik berkenaan terus meningkat tahun demi tahun! “Kami mengendalikan lebih daripada 3,800 pembedahan jantung dan 10,000 prosedur dalam Kebanyakan rakyat Malaysia menjejaskan kesihatan jantung mereka tanpa menyedarinya. Dianggarkan 26.6% orang yang mempunyai kolesterol tinggi tidak menyedari keadaan mereka, manakala bagi setiap pesakit baru yang disahkan menghidap diabetes, terdapat dua pesakit lain yang tidak melakukan diagnosis.
“Secara umumnya pemakanan harian kita biasanya kekurangan serat penuh yang menjadi punca masalah kesihatan. Malah, kebanyakan pertubuhan kesihatan terkemuka di dunia kini menggalakkan masyarakat mengurangkan pengambilan daging bagi meningkatkan kesejahteraan diri secara menyeluruh. Satu kajian pada tahun 2010 oleh
Jabatan Kesihatan Umum Universiti Oxford mendapati bahawa menikmati hidangan daging tidak lebih daripada 3 kali seminggu boleh mencegah 31,000 kematian akibat penyakit jantung, 9,000 kematian akibat kanser dan 5,000 kematian akibat strok. Satu kajian oleh Persatuan Diabetes Amerika turut mendapati bahawa mereka yang mengikuti diet kurang daging menunjukkan pengurangan risiko diabetes jenis 2.
Memandangkan makanan organik kaya dengan serat tetapi kurang gula dan lemak, ia membantu untuk mengurangkan risiko kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi berpunca daripada pemakanan tidak sihat. Keluaran dan produk organik yang diiktiraf bebas daripada racun perosak, perasa tiruan, pewarna dan bahan pengawet. Justeru, ia turut membantu mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bmsorganics.com.
The post RR Diari: BMS Organics appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment