Friday, August 5, 2016

RR Diari: Electrolux

electrolux-event

Mengurangkan statistik mengejutkan ini merupakan inspires di sebalik kempen #myhappyplate Electrolux until menangani masalah pembaziran makanan. Electrolux, peneraju global dalam peralatan elektrik rumah dan juga peralatan dapur di Malaysia telah mendedahkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai tabiat tidak mapan dari segi menghabiskan makanan. Walaupun kita menyukai makanan enak, makanan kita masak dan bungkus sering berakhir di dalam tong sampah, dengan 87% daripada keluarga mengakui pembaziran makanan merupakan masalah besar. Menurut kaji selidik Electrolux Food Waste at Home Survey 2016, 77% daripada keluarga mengakui membazir makanan setiap minggu akibat terlupa tentang lebihan makanan di dalam peti sejuk (46%), cerewet memilih makanan (37%), terlalu banyak menyediakan makanan (32%) atau tidak ingin makan lebihan makanan (26%).

Di samping itu, sebanyak 46% daripada keluarga “terlupa” untuk menghabiskan lebihan makanan, membuang daging, ikan dan sayuran yang telah dimasak, malah makanan ruji yang boleh diproses semula untuk mencipta hidangan berbeza seperti nasi. Malaysia membuang sebanyqak 456,250 tan makanan sebulan – 5,475,000 tan setahun. Sebagai sumbangan kepada masyarakat, Electrolux telah melancarkan inisiatif #myhappyplate sempena Hari Makanan Sedunia, di mana ia menggalakkan orang ramai untuk menghabiskan makanan atas pinggan ketika makan, kerana pinggan kosong adalah pinggan gembira, kerana ia tidak menjana pembaziran makanan, dan ini juga mengurangkan jejak karbon kita.

Electrolux juga telah menganjurkan kelas memasak supaya orang ramai boleh belajar cara untuk gunakan lebihan makanan dengan sebaiknya, diketuai oleh pakar pemakanan terkenal Cik Indra Balaratnam, dengan edisi pertama dijalankan awal minggu ini. Di bengkel itu, Indra telah memberi orang ramai dan media kursus kilat dalam menggunakan semula lebihan makanan yang masih elok seperti nasi dan buah-buahan, dengan memasak hidangan seperti paella udang gaya Mediterranean, kerabu epal hijau masam dan enak, dan salad ayam panggang yang sihat.

electrolux-event-1

“Pakar-pakar menjangka bahawa menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia telah membazir makanan bersamaan dengan 16 buah KLCC disusun atas satu sama lain. Rakyat Malaysia harus lebih peka tentang makanan – kita sering menyimpan makanan tetapi dalam fikiran kita, kita tahu kita tidak mahu makanan itu. Kita harus mengambil inisiatif untuk menggunakan lebihan makanan ini dan sedar tentang impak ekonomi dan sosial akibat pembaziran makanan. Lebihan makanan ini bukanlah tidak sihat dari segi nutrisi. Antara panduan saya boleh berikan kepada mereka yang ingin mengurangkan pembaziran makanan termasuk menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan betul, mengamalkan kawalan saiz hidangan dan merancang makanan mingguan,” kata Indra.

Pengarah Pemasaran Electrolux Malaysia dan Singapore Wendy Ho berkata “Sebagai usaha yang berterusan untuk menggalakkan #myhappyplate, kami berharap kelas ini akan memupuk kesedaran di kalangan pengguna supaya mereka memahami bahawa pinggan gembira adalah pinggan kosong. Usaha untuk membawa pakej makanan kepada 1,000 keluarga di Malaysia ikatan makanan berjaya, rakyat Malaysia telah menyumbang lebih sepuluh ribu “like” kepada inisiatif ini di Facebook.”

Menerusi kempen #myhappyplate di laman Facebook Electrolux, rakyat Malaysia dijemput berikrar mereka akan pastikan pinggan mereka kosong setiap kali makan, dengan menekan “Like” pada post ikrar itu antara Jun 9 dan Julai 17, 2016. Setiap “Like” bersamaan dengan satu ikrar, dan bagi setiap tiga ikrar, Electrolux Malaysia akan mendermakan pakej makanan “MY Happy Plate” yang terdiri daripada makanan penting yang tidak cepat rosak seperti beras, susu tepung, minyak masak, mi segera, sardin dalam tin dan sebagainya ke badan amal. Sasaran adalah mendapatkan 3,000 ikrar dan mengagihkan 1,000 pakej makanan "MY Happy Plate" di Malaysia melalui badan-badan kebajikan GT Community Care Berhad dan Life-Care Community Services.

electrolux-event-3

Peserta bengkel Sharon Fam berkata “Bengkel ini sangat menarik, kerana kita tidak akan berhenti belajar tentang nutrisi.”

Untuk lebih banyak berita dan maklumat terkini layari: http://ift.tt/2azDL0g cari kami di Facebook di http://ift.tt/2ayAfjN.

Tanpa Pembaziran, Tiada Kekurangan

Walaupun terdapat rakyat Malaysia yang menggunakan lebihan makanan dalam hidangan mereka, kebanyakan dari mereka (70%) hanya melakukannya sekali atau dua kali seminggu, menjadikan negara ini salah satu daripada pesalah utama di rantau ini dari segi pemasakan kreatif.

Walaupun 60% dari keluarga menggunakan peti ais untuk menyimpan makanan dan memanjangkan jangka hayatnya, hanya 34% peka tentang tarikh luput, iaitu sebab utama makanan dibuang. Makanan paling kerap dibuang ialah nasi atau mi (62%), sayur-sayuran (56%) dan daging atau ikan yang sudah dimasak (41%). Hanya lebih sedikit daripada separuh keluarga yang diselidik (51%) merancang hidangan dengan efisyen untuk mengurangkan pembaziran, dan lebih sedikit daripada itu (47%) mengamalkan kawalan saiz bahagian makanan.

Generasi muda berumur 18-24 tahun mengaku sebagai pesalah paling teruk, membuang purata lebih kurang dua pinggan makanan setiap minggu, tetapi mereka juga menyatakan mereka lebih gemar memasak , dengan 66% daipada mereka yang berumar 18-24 tahun mengatakan mereka sangat bersemangat memasak makanan sendiri di rumah.

Walaupun tahap kebolehan memasak yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, hampir semua responden mengaku mereka membuang makanan lebihan walaupun setelah disejukkan atau dibekukan.

electrolux-event-2

Electrolux merupakan peneraju global dalam peralatan elektrik rumah dan juga peralatan untuk penggunaan profesional, berdasarkan pandangan pengguna yang mendalam. Kami menawarkan penyelesaian yang direka dengan teliti, inovatif dan mampan, dibangunkan dengan kerjasama erat bersama pengguna profesional. Produk termasuk peti sejuk, ketuhar, periuk, dapur, mesin basuh pinggan mangkuk, mesin basuh, pembersih vakum, pendingin hawa dan peralatan domestik kecil. Di bawah jenama terkemuka termasuk Electrolux, AEG, Zanussi, Frigidaire dan Electrolux Grand Cuisine, Electronux Group menjual lebih daripada 60 juta produk kepada pelanggan di lebih 150 pasaran setiap tahun. Pada 2015 Electrolux mempunyai jualan sebanyak SEK 124 bilion dan 58,000 pekerja. Untuk maklumat lanjut, sila lawat http://ift.tt/1JcqwvN.

The post RR Diari: Electrolux appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment