Jus mangga, epal, kiwi dan naga diperah segar, lalu dibotolkan cantik dan dijual. Biasanya jus ini disediakan home made. Menariknya, fenomena menjual dan meminum jus segar semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Berkongsi minat ini sehingga tertubuhnya kumpulan Juicer United, disertai oleh wanita yang melihat fenomena ini sebagai satu peluang perniagaan selain membantu masyarakat mengambil manfaat kesihatan daripadanya.
Kuvings Malaysia mengambil inisiatif menyokong Juicer United dengan menjemput mereka mengambil bahagian dalam sesi perkongsian dalam satu event Juicers Unite baru baru ini.
Shiew Man Hon, perunding NUC Korea pengilang Kuvings Whole Slow Juicers berkata “Kuvings Malaysia berusaha menyumbang sesuatu yang bermakna kepada masyarakat dan melihat amalan meminum jus sangat baik dan lebih baik apabila ia dikongsi bersama. Di sini kami memainkan peranan untuk menaikkan semangat mereka dengan kerjasama seperti event hari ini”
Hari Juicer Unite dirangka melibatkan sesi ‘True or False’ membincangkan salah faham biasa dalam masyarakat tentang jus, satu sesi ‘Name That Juice’ menguji rasa penggemar jus yang hadir, serta demostrasi penyediaan jus bagi berkongsi resipi mudah boleh ditiru di rumah.
Satu sesi perkongsian cukup bermakna oleh Joyah Vegas, wanita yang berjaya dalam perniagaannya di Las Vegas, Venada. Joyah pulang untuk berkongsi perjalanan inspirasi beliau dari anak penoreh getah FELDA sehingga berjaya memiliki perniagaan di United States dan menceritakan bagaimana dia mencipta nama melalui ketekunan dan kerja keras. Mesej Joyah Vegas menarik perhatian tetamu dalam event ini yang masing-masing dalam perjananan membangunkan perniagaan sendiri. Beliau memberi jaminan bahawa satu-satunya cara untuk mencapai kejayaan adalah untuk meneruskannya tanpa henti.
Dalam pada itu, Kuvings Malaysia turut mengadakan pertandingan “Mystery Juice” di mana semua tetamu telah dijemput untuk merasai dan meneka kandungan jus hijau. Tekaan jawapan yang betul membawa pulang produk baru Kuving B6000 Whole Slow Juicer.
Untuk maklumat lanjust, sila layari laman web: www.kuvings.my atau FB Kuvings: http://ift.tt/2aBGoPo
The post RR Diari: Kuvings appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment