Lawat show unit
Jika melawat show unit, perhatikan kesesuaian layout rumah tersebut dengan cara hidup anda. Jika rajin memasak, adakah luas dapur cukup baik untuk anda, atau jika tidak, adakah ruang untuk penambahbaikan?
Bagaimana pula dengan kedudukan rumah. Adakah ia menghadap ke arah timur atau barat? Terkesan oleh cahaya matahari naik atau terbenam? Ada yang tidak gemarkan suasana terlalu panas, sebaik baikknya tingkap berada di sebelah utara atau selatan.
Jangan hanya teruja melihat show unit cantik yang siap direnovasi. Ingat yang bakal anda beli adalah sebuah rumah kosong tanpa apa apa. Cukuplah dengan menggambarkan bagaimana renovasi yang akan dilakukan.
Tingkat atas atau tingkat bawah
Tingkat atas selalu menjadi pilihan bagi yang mahukan privacy dan spektakular cantik terutama waktu malam bagi bangunan di tengah bandar. Tapi jika rumah tidak dibina dengan baik, ada kebarangkalian menghadapi masalah teknikal seperti masalah siling bocor atau tekanan air rendah bagi kediaman di tingkat paling atas. Bagi yang gemar membeli rumah di tingkat bawah mungkin berpandangan senang keluar masuk dan tiada masalah sekalipun lif rosak. Tapi bermasalah jika tinggal di kawasan kejiranan yang tidak beretika, membuang sampah dari tingkat atas.
Jenis hak milik
Pastikan jenis pemilikan tanah bagi kediaman jenis sub divided yang mahu dibeli seperti kondominium, apartment, flat atau townhouse. Tanpa geran strata anda akan menghadapi masalah jika berhasrat menjualnya nanti dan nilai rumah itu akan menjadi rendah dari harga pasaran sepatutnya.
Periksa status tanah
Periksa juga status tanah. Ada kemungkinan high rise building dibina di atas tanah berstatus komersial. Akibatnya terhadap pemilik unit rumah yang dibina di atas tanah ini, tarif elektrik, air dan cukai pintu menjadi lebih tinggi mengikut kadar tarif komersial.
Keselesaan, Kemudahan dan Keselamatan
Kepada yang ingin membeli kediaman kondominium atau apartment, periksa kemudahan parking tersedia atau tidak. Jika membeli rumah bertanah di bandar, elakkan rumah terlalu dekat dengan jalan besar dan trafik sesak. Kebisingan mengganggu ketenteraman anda setiap hari sedangkan rumah seharusnya menjadi sebuah tempat istirehat. Tinjau lokasi dan kawasan kejiranan. Adakah kawasan tersebut selamat didiami? Atau mungkin kawasan tersebut sering ditenggelami banjir kilat?
Fikir dua kali tentang free stuff dan diskaun
SPA percuma, guaman loan agreement percuma, faedah semasa construction ditanggung pemaju, semua ini teknik jualan syarikat hartanah. Pemaju akan menaikkan harga rumah untuk menampung semua free stuf ditanggung pemaju. Namun ramai pembeli tak sedar akan hal ini. Jangan beli rumah hanya sebab pemaju memberikan diskaun kerana prospek rumah tidak terjual, barangkali ada yang tidak kena dengan pembangunan tersebut?
Proposal adalah proposal
Jangan terlalu teruja melihat pelan cadangan sambungan lebuhraya, pusat membeli belah atau tapak stesen komuter yang selalu digunakan sebagai pelaris jualan oleh pemaju. Siapa tahu ia bakal mengalami nasib sama dengan projek perumahan di sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa pernah popular kerana cadangan untuk dijadikan Lapangan Terbang Antarabangsa. Namun apabila KLIA dibina di Sepang harga rumah Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa jatuh dan merugikan pemilik.
Jarak dan jalan perhubungan
Jika berhasrat untuk memiliki rumah lebih selesa dan landed property, pertimbangkan untuk membeli kediaman sedikit jauh di luar kawasan. Namun harus dikira juga aspek sambungan yang akan menghubungkan anda dengan tempat kerja.
Dalam hal ini, kita perlu belajar dari sejarah supaya tidak jadi senasib dengan cerita pembangunan Rawang. Dalam rangka projek pembangunan pemaju, banyak kediaman banglo dan Semi D dibina di situ dan ditawarkan pada harga tidak begitu mahal pada masa tersebut dan menarik minat ramai untuk membeli. Masalah timbul apabila pembeli yang tinggal disistu terpaksa habiskan masa 1-2 jam di atas jalan untuk ke tampat kerja kerana jarak yang jauh dan kesesakan lalu lintas.
Jadi pertimbangkan banyak kali sebelum membeli property yang jauh dari bandar. Tambahan lagi jika perlu melalui tol setiap hari yang sentiasa meningkat. Salah buat keputusan, akibatnya mensengsarakan.
The post RR Fokus: 8 Tips Tinjau Kediaman Perlu Anda Tahu appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment