Setuju atau tidak, harga hartanah kediaman akan terus meningkat dan melambung tinggi.
Rumah sepatutnya menjadi aset hari ini ditakuti mejadi beban. Ramai anak muda yang tidak berani membeli rumah sediri kerana harga di luar jangkaan yang secara kasarnya dilihat tidak dapat ditampung gaji. Lebih parah apabila ada yang berputus asa kerana beranggapan mustahil bagi mereka untuk membeli kediaman apatah lagi dengan kos hidup yang semakin menekan saban hari. Apa akan terjadi terhadap masa depan dan nasib anak muda jika perkara ini berterusan, sedangkan rumah adalah satu keperluan hidup?
Selain faktor kemampuan, kurang pendedahan, kesedaran dan pengetahuan tentang selok belok membeli rumah adalah antara sebab lain orang muda bertangguh membeli kediaman. Jadi, dalam fokus rrenovation isu ini, beberapa perkara berkaitan disentuh untuk berkongsi pencerahan dan ilmu tentang cara pemilikan hartanah kediaman pada usia muda, dan selebihnya hanya anda dapat membantu bantu diri sendiri.
Bila masa terbaik untuk beli rumah?
Soalan ini seringkali diajukan kerana pengaruh spekulasi dan ramalan turun naik harga rumah. Rata rata beranggapan lebih baik menunggu harga rumah jatuh untuk membuat pembelian. Saranan ini pernah didengari banyak kali misalnya tangguh beli rumah kerana 2007 harga rumah akan jatuh, cadangan sama lagi tersebar untuk tunggu sehingga 2012 harga hartanah akan menurun, dan sekitar dua tahun lepas jangkaan harga hartanah akan murah pada 2016. Bagi yang tertunggu harga rumah jatuh sejak itu, sudahkah anda membuat pembelian kediaman atau masih memerhati? Dan berapakah usia anda sekarang sejak tahun tersebut?
Pokok pangkalnya adalah kesediaan. Sekalipun harga jatuh dua tahun sekali, tiada pengurusan mengukuhkan simpanan tunai, anda hanya boleh melihat dan mendengar berita penurunan harga hartanah. HSBC Global Head of Asset Allocation, Fredrik Nerbrand menerusi media bloomerg markets baru baru ini berkata “Cash is king in a world with [debt] overhangs”. Jika rasa benar-benar tidak mampu sekarang, mantapkan pengurusan kewangan kerana Cash is King.
Memang tidak dinafikan, membeli kediaman pada waktu penurunan harga adalah peluang yang baik. Tapi jangan terlalu taksub dengan ramalan turun naik harga. Ada risikonya juga jika menunggu sampai waktu hartanah jatuh. Masa itu keadaan ekonomi Malaysia mungkin lebih parah dan tentu lebih sukar untuk membuat pinjaman bank. Dalam keadaan ekonomi semasa tahun ini bank dan institusi kewangan dijangka mengurangkan modal pinjaman selain mengetatkan syarat peminjam. Kadar penolakan pinjaman juga dijangka meningkat lebih daripada 50%.
Yang penting dalam misi memiliki rumah sendiri, buatlah persediaan dari usia muda. Kalau tidak tahu jangan berputus asa cari ilmu.
Trend jual beli hartanah semasa
Tahun 2016, secara umumnya kadar aktiviti jual beli hartanah berlaku sederhana, kekal dalam mode tunggu dan lihat di mana rata rata pembeli mengharapkan pembelian murah wujud di pasaran.
Tahun ini purata harga hartanah dijangka terus meningkat namun dengan kadar lebih perlahan, nisbah kemampuan membeli rumah mampu milik di Malaysia sedikit pulih. Tahun ini juga, fokus jual beli dilihat lebih ditumpukan terhadap jenis kediaman mampu milik dan subsale. Peluang terbaik kepada orang ramai lebih lagi anak muda untuk memiliki hartanah rumah ekoran prospek industri yang dijangka mengalami trend menurun dan mendatar.
The post RR Fokus: Beli Rumah Pada Usia Muda appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment