Wednesday, August 17, 2016

RR Fokus Ruang Dapur: Niro

Bagaimana Niro memenuhi cita rasa pelanggan yang pelbagai?
Permintaan pembeli jubin banyak bergantung pada ciri-ciri seperti warna, reka bentuk, permukaan, harga dan sebagainya. Sekiranya pemilik kediaman meminati gaya moden, industrial atau gaya dapur semula jadi, koleksi Nikto dan Pozzo dapat memenuhi keinginan pemilik. Bagi mereka yang sukakan gaya dapur kontemporari, Mediteranean merupakan koleksi terbaru dan dapat membangkitkan gaya hidup ‘Mediterranean’ yang indah di ruang dapur.

niro-dapur-1

Apakah jenis jubin bersifat tahan lama dan low maintenance untuk dapur?
Jubin porselin lebih tahan lasak kerana ia melalui proses pembakaran pada suhu lebih tinggi dan lama. Proses pembakaran pada suhu tinggi ini menghasilkan jubin porselin lebih keras dan tidak mudah pecah. Kadar penyeraan air bagi jubin poselin adalah rendah dan ini juga salah satu faktor utama jubin porselin bersifat tahan lama.

Pilihan jubin eco-friendly terbaik untuk dapur?
Niro Ceramic (M) Sdn Bhd telah diperakui sebagai sebuah organisasi yang mematuhi ISO 140001 ‘Environmental Management Standard’ manakala jenama Niro Granite juga menerima penganugerahan‘produk hijau’ oleh Skim Pelabelan Hijau Singapura dan SIRIM Pensijilan Eko-Label Malaysia. Antara koleksi eko mesra yang sesuai untuk lantai dapur antaranya Cementum, Megalito, Nordik Stone, Polar Black, Solfen, Vein Stone dan sebagainya. Pengguna dinasihatkan memilih jubin berstruktur dan permukaan matt untuk lantai dapur.

Bagi keluarga mempunyai anak yang lincah membantu aktiviti dapur, lantai apa paling selamat untuk digunakan?
Dapur umpama jantung sebuah rumah. Oleh itu, pemilihan permukaan jubin yang sesuai memainkan peranan penting demi keselamatan ahli keluarga. Jubin berpermukaan matt atau berstruktur seperti koleksi Quartzite merupakan salah satu pilihan yang baik untuk lantai dapur basah. Manakala, jubin berpermukaan licin atau berkilat adalah lebih sesuai untuk lantai dan dinding dapur kering. Kualiti dan tahan lasak adalah ciri utama perlu dipertimbangkan supaya tidak mudah pecah. Jubin retak boleh mencederakan kaki selain memerlukan kos lebih tinggi untuk baik pulih.

niro-dapur

Bagaimana lantai boleh memberi ilusi besar kepada ruang dapur terhad?
Cadangan konvensional memilih jubin yang boleh memberi ilusi besar kepada ruang dapur terhad adalah seperti aplikasi warna jubin cerah dan saiz jubin lebih besar. Bagaimanapun, pelanggan juga boleh memilih bentuk atau warna jubin mengikut cita rasa dan kehendak masing-masing. Untuk idea dan panduan renovasi tambahan, pelanggan boleh berkunjung ke unit galeri Niro Granite yang terdapat di beberapa lokasi seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, Wangsa Maju dan sebagainya. Pekerja kami akan menyelesaikan masalah ubah suai ruang dan turut berkongsi idea mengenai pemilihan jubin yang bersesuaian bagi memasang jubin bergantung kepada konsep dimahukan pelanggan. Selain itu, Niro Granite juga mempunyai kumpulan Pereka Dalaman yang menyediakan khidmat reka hiasan dalaman untuk para pelanggan.

niro-management
Audrey Michelle Johnson
Pengurus Besar Pemasaran
Niro Granite

http://ift.tt/2b0uco1

The post RR Fokus Ruang Dapur: Niro appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment