Tuesday, August 16, 2016

RR Fokus: Sentuhan Peribadi Michelle Lee

Pada usia 23 tahun, Michelle Lee mula memburu rumah pertama yang dibeli dan membuat banyak tinjauan serta kaji selidik tentang setiap aspek dalam tempoh enam bulan pertama sebelum memutuskan pembelian. Pada usia 24 tahun, Michelle berjaya memiliki rumah sendiri iaitu sebuah kondominium moden di Jalan Klang Lama Kuala Lumpur.

michelle-lee

Apa kriteria yang dilihat bila memilih untuk membeli rumah tersebut?
Ada beberapa kriteria saya mahukan bila cari rumah. Pertama sudah tentu lokasi. Mempunyai lebih dari satu tempat kerja, saya sentiasa berkejaran antara beberapa studio yang terletak antara Bukit Jalil dan Petaling Jaya, biasanya perlu berpusing di sekitar bandar. Jadi saya perlu memastikan lokasi kondo memudahkan untuk bergerak antara destinasi tersebut serta dekat dengan keluarga dan rakan-rakan.

Kedua adalah faktor kepadatan penduduk. Sebagai seorang yang menjadi perhatian di mata awam,saya mahukan unit low density untuk menjaga privacy dan sebagai sebuah tempat untuk melarikan diri dari kesesakan dunia luar.

Lihat banyak: 8 Tips Tinjau Kediaman Perlu Anda Tahu

Agak sukar kerana banyak kondominium baru hari ini adalah di kawasan high density. Saya sangat bernasib baik bila menemui kondo ini yang agak rendah kepadatan persekitarannya.

Faktor ketiga adalah harga dan keboleh mampuan. Pada usia muda sebegini, bajet adalah terhad dan saya perlu realistik mengenai pembelian. Untuk terus membeli banglo adalah di luar jangkau kemampuan, cukuplah memilih unit kondo dengan kemudahan yang diperlukan seperti gimnasium. Jadi saya boleh juga membatalkan keahlian gym sekaligus menjimatkan wang!. Saya perlu mengimbangi kewangan dan tidak berbelanja lebih daripada mampu.

michelle-lee-1

Pendapat Michelle tentang kelebihan membeli rumah pada usia muda?
Jika anda mampu tetapi tidak ada rasa pressure untuk membuat pembelian dan merasakan itu tanda ‘kejayaan’ mengekang aliran wang keluar, ianya salah. Lebih baik membeli jika mampu, lebih banyak pulangan diperolehi berbanding membayar sewa. Berterusan membuat pembayaran sewa namun bukan milik sendiri sampai akhirnya.

Ia juga mengajar tentang tanggungjawab. Apabila orang muda mula bekerja dan mempunyai wang sendiri, rata rata mempunyai kecenderungan berbelanja perkara yang tidak perlu. Namun jika mula menyimpan dan membeli rumah pertama, seseorang akan menjadi lebih bertanggungjawab mengurus kewangan, perlu berfikir tentang mortgage, bil dan perabot. Financial responsibility ini akan mempengaruhi aspek lain dalam hidup serta menjadikan anda lebih rajin bekerja dan menyedari nilai sesuatu perkara.

Lihat banyak: Tempat Bermula Harapan Dan Mimpi

Nasihat Michelle kepada mereka yang merancang membeli rumah, terutama dari kemahiran pengurusan kewangan.
Tidak perlu terus membeli rumah agam sebagai rumah pertama, atau menggapai apartmen mahupun kediaman gah di lokasi mewah. Beli apa yang mampu. It’s you who makes house a home, not where it’s at. 

Rancang back up plan dan simpanan. Pastikan you’re ahead of your financial plan by a few years. Bayar wang pendahuluan pada kadar yang baik dan ada wang back up bagi menghadapi kemungkinan keadaan sukar untuk membayar balik loan mortgage. Jangan hanya membeli apabila anda mempunyai cukup untuk bayaran pendahuluan tanpa merancang pengurusan pembayaran selepas itu.

Penting juga untuk ada aliran kewangan yang selesa bagi membayar pinjaman tahun pertama. Ia membantu meringankan beban jika ada tanggungjawab kewangan lain yang muncul tiba tiba.

Lihat banyak: 5 Perkara Bijak Untuk Refinance Rumah

michelle-lee-2

Bagaimana dengan rancangan pengubahsuai ruang dalaman kondo Michelle ini?
Saya mahukan konsep scandinavian, industrial dan minimalis. Bagi mencapai konsep ini, firma Pereka Nu Infinity membantu saya mebuat pengubahsuaian. Untuk mencipta ruang yang clean dan comfortable, saya pilih lantai vinyl dan waterproof. Solid wood pada wooden top dari Total Wood. Pemasangan kabinet single wall dari Alustil pula menjadikan dapur saya nampak bergaya dan praktikal.

Perabot utama di ruang tamu kebanyakannya daripada More Design. Saya sukakan perabot mereka kerana ia menepati konsep yang saya inginkan, dan semuanya boleh didapati di satu tempat, memudahkan saya dan menjimatkan masa.

The post RR Fokus: Sentuhan Peribadi Michelle Lee appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment