Berbicara dengan seorang wanita muda bekerjaya Norsyazwani Idris, menghantar ingatan saya pada seorang penulis Perancis terkenal Anais Nin yang pernah menulis “How wrong is it for a woman to expect the man to build the world she wants, rather than to create it herself?”.
Ideologi sama dikongsi oleh Wany Idris, dari usia muda mempunyai matlamat yang jelas. Membina kerjaya, mengumpul ilmu, pengalaman membeli hartanah sebagai jaminan kehidupan. Tidak hairan jika di usia 24 tahun lagi, dalam diam Pembantu Peribadi Angkasawan Negara ini sudah memiliki aset rumah sendiri. Rrenovation sempat membuat temu bual istimewa bersamanya sempena fokus isu ini – beli rumah pada usia muda.
Apa yang mendorong Wany membeli rumah di awal usia muda?
Salah satu faktor mendorong matalamat saya memiliki rumah adalah didikan ibu bapa. My parents always encourage me to have something. Alhamdullilah, saya bekerja keras dan mampu membeli rumah pertama pada tahun 2014. Ia hanya sebuah rumah kondominium cukup untuk keselesan saya. I am happy with what I have.
Bagi diri Wany sacara peribadi, pandangan tentang kepentingan mempunyai kediaman sendiri?
Bercakap tentang pandangan saya dari perspektif seorang wanita, rumah adalah harta penting. Pandangan bahawa tiada keperluan membeli rumah kerana ia akan disediakan oleh lelaki atau suami apabila berkahwin, ia adalah persepsi yang salah. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam hidup. Sebagai jaminan, sebaik baiknya belilah rumah sendiri walaupun hanya sebuah rumah kecil.
Kriteria yang dilihat untuk membeli rumah?
Bajet. Beli rumah ikut kemampuan. Saya sukakan kediaman jenis kondominium. Dan kondominium ini sesuai dengan bajet saya. Agak kurang beban bagi saya untuk membeli rumah sendiri kerana saya tidak ada komitmen untuk membuat pembayaran hutang lain seperti pinjaman pendidikan. Saya juga hanya menggunakan kereta biasa dan mengurus perbelanjaan dengan baik kerana dari awal fokus saya adalah untuk membeli rumah.
Bagaimana dengan pebubahsuaian dan dekorasi?
Tidak ada major revovasi yang dibuat untuk kondo itu. Cuma sedikit pengubahsuaian di bahagian dapur sekadar untuk mewujudkan ruang penyimpanan peralatan dapur. Saya suka konsep yang ringkas. Tidak ada pasu atau bunga. Kebanyakan barangan dibeli di IKEA dan Kaison. I love quotes to motivate myself every day. Cat rumah warna putih, sofa merah dan perabot lain bewarna merah dan putih.
Ruang paling digemari?
Bilik gym. Bersenam menjadi rutin bagi saya untuk kekal sihat dengan jadual kerja yang padat. Bilik tidur juga ruang paling disukai. Saya sering travel dan bila pulang, bilik tidur adalah tempat dituju untuk melepaskan lelah selepas melalui perjalanan yang panjang. It is the real comfort!
The post RR Fokus: Tempat Bermula Harapan Dan Mimpi appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.
No comments:
Post a Comment