Wednesday, August 24, 2016

RR idea: Bilik Tidur

Istilah berkongsi agak menjengkelkan bagi sesetengah individu, sebaliknya berkongsi adalah satu perkara yang baik dan mampu mengengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Sudah pasti semuanya bermula di rumah. Kediaman yang indah bukan sebagai tempat berteduh sahaja dari dalam sebuah rumah itulah lahirnya ikatan dan kasih sayang dalam perkongsian yang dipupuk. 

Kandahar_A_933TIFFSr
Imej dari Pressloft

Pilih Jenis Katil
idea-ruang-bilik-tidur-2
Imej dari IKEA

Tidak salah menyediakan katil bersaiz king atau queen bagi perkongsian anak-anak, ini mampu merapatkan hubungan sesama mereka. Katil yang selesa membuatkan mereka lebih menghargai saat tidur bersama. Jika, zaman dahulu hamparan gebar yang agak tebal sudah cukup menjadi alas untuk tidur beramai-ramai, apabila dikenang kembali saat itu pasti tidak mampu untuk melupakan kenangan terindah.

Jika memilih katil jenis perseorangan, susun atur yang kreatif mampu memberi tarikan pada mereka. Ini bukan sahaja memberi kesempatan kepada anak anak memilih sudut kegemaran mereka, tetapi memberi peluang kepada mereka untuk merangka persekitaran mereka lebih mesra.

Tips: Perletakan katil bertingkat paling sesuai diletakkan di tepi dinding.

Milik Peribadi
idea-ruang-bilik-tidur-3
Imej dari Design Base

idea-ruang-bilik-tidur-4
Imej dari IKEA

Jika satu bilik dikongsi oleh dua orang anak, sediakan perabot peribadi kepada setiap seorang. Seperti meja belajar, rak penyimpanan buku atau almari baju. Walau seakrab manapun anak-anak, didik mereka supaya menghormati hak peribadi satu sama lain, minta kebenaran jika mahu menggunakan sesuatu. Amalan ini pastinya akan dibawa sehingga besar.

Unit penyimpanan yang sempurna dapat membantu bilik perkongsian ini dari bersepah dengan perkakas yang banyak. Lampu meja belajar dan lampu tidur di sisi katil disediakan supaya apabila salah seorang dari mereka yang sering belajar lewat malam tidak mengganggu lena yang tidur lebih awal.

Kawasan Bersosial
idea-ruang-bilik-tidur
Imej dari IKEA

Hangout space’ yang diwujudkan di dalam bilik tidur membolehkan anak bergaul dan berkongsi cerita harian. Percaya atau tidak, watak seorang kakak boleh mempengaruhi pembentukan seorang adik, atau pencapaian seorang  abang boleh memberi kesan langsung kepada pencapaian akademik seorang adik. Keadaan ini dipanggil sebagai sibling spillover effect.

Ruang sosial memainkan peranan penting dalam bilik anak, di sini jugalah terhasilnya satu ruang lebih kreatif berbanding dengan ruang lain. Di ruang inilah mereka sering menghabiskan aktiviti seni sambil berkongsi pendapat sesama mereka.

Tips: Ubah susun atur bilik selepas satu tempoh tertentu bagi mengelak kebosanan. Libatkan anak-anak atau beri kepercayaan sepenuhnya kepada mereka untuk idea dekorasi kamar mereka sendiri.

The post RR idea: Bilik Tidur appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment