Thursday, August 11, 2016

RR Idea Ruang Tamu: 6 lighter, brighter living!

Airy Atmosphere

Melangkah masuk ke ruang tamu yang gloomy dan gelap seperti gua cenderung melemahkan mood apatah lagi selepas penat kerja luar. Sebaliknya pulang ke rumah yang segar membantu melapangkan dada. Kunci mencipta atmosfera sebegini perlu adanya cahaya dan penembusan udara yang baik.

rr-ruang-tamu-PDI-1
Direka oleh | PDI

rr-ruang-tamu-nice-style
Direka oleh | Nice-Style

Apabila berbalik pada seni bina rumah, bagi mendapatkan cahaya semula jadi yang banyak dalam ruang tamu, kedudukan ruang ini haruslah menghadap arah barat atau timur di mana cahaya matahari naik dan terbenam boleh menembus masuk ke dalam kediaman melalui tingkap.

Jika kediaman yang dibeli tidak memiliki ciri ini, pertimbangkan untuk meruntuhkan dinding tertentu kerana pelan lantai terbuka sangat membantu perancangan ruang yang lapang, pengaliran udara lancar dan cerah. Pemasangan sliding door, tingkap kaca yang luas membuka pandangan ke arah atmosfera luar yang cerah secara tidak langsung.

rr-ruang-tamu-PDI
Direka oleh | PDI
TIPS: Lampu lantai mencerahkan bahagian sudut ruang.

Stunning in its Simplicity

Keringkasan atau simplicity sering menjadi perkara utama bagi menampilkan rumah lapang. Cara paling mudah melancarkan trafik dalam kediaman sejak sekian lama disarankan adalah mengurangkan jumlah perabot yang tidak penting seperti prinsip gaya moden kontemporari.

rr-ruang-tamu-PSQ
Direka oleh | PSQ

rr-ruang-tamu-PDI-2
Direka oleh | PDI

Selain itu, gaya scandinavian dan beach house boleh menjadi penyumbang utama dalam usaha mencipta sebuah ruang tamu cerah dan lapang.  Gaya scandinavia yang menampilkan reka bentuk Nordic dalam trend serba putih dan ciri kayu cerah kini menjadi pilihan. Manakala, gaya beach house yang berkonsep persekitaran pantai tropika adalah salah satu gaya sesuai ke arah mencipta ruang tamu cerah serta segar.

Dekorasi Perabot

Pemilihan dan penataan kelengkapan serta hiasan menentukan. Teknik yang biasa digunakan untuk mencipta ruang cerah adalah pantulan cahaya. Pemasangan cermin besar mampu membalikkan cahaya untuk menerangkan ruang. Sebaiknya cermin ditempatkan bertentangan tingkap atau di penjuru tingkap bagi mendapat pantulan terbaik.

rr-ruang-tamu-m-innovative
Direka oleh | M Innovative

Sementara itu, jika lantai dan perabot berwarna gelap elemen terang pada pintu, dinding dan langsir boleh menjadi pilihan sesuai. Manakala perabot seperti meja kopi buatan kaca yang akan memberikan gambaran jernih dan cahaya tambahan dalam ruang. Letakkan rak putih pada dinding yang akan menyumbang kepada mewujudkan suasana lebih terang dan jelas.

The post RR Idea Ruang Tamu: 6 lighter, brighter living! appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

No comments:

Post a Comment